{"id":3867,"date":"2025-10-02T09:09:46","date_gmt":"2025-10-02T09:09:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3867"},"modified":"2025-10-02T09:09:46","modified_gmt":"2025-10-02T09:09:46","slug":"sumber-wan-fayhsal-dakwa-ada-bukti-pas-sokong-hamzah-tapi-takiyuddin-nafi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sumber-wan-fayhsal-dakwa-ada-bukti-pas-sokong-hamzah-tapi-takiyuddin-nafi\/","title":{"rendered":"Sumber: Wan Fayhsal dakwa ada bukti PAS sokong Hamzah? Tapi Takiyuddin nafi"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa mempunyai bukti berhubung sokongan PAS untuk menamakan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin sebagai calon perdana menteri (PM) bagi Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Sumber dalaman parti mendedahkan, Wan Fayhsal dalam perbualan kumpulan WhatsApp Bersatu memberitahu sanggup menjadi saksi dan bersumpah bagi membuktikan wujud sokongan PAS terhadap Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut untuk menjadi calon PM bagi gabungan itu.<\/p>\n<p>Pihak Agenda Daily juga sudah melihat tangkap layar perbualan WhatsApp yang ditulis oleh Wan Fayhsal bagi membalas jawapan kepada isu melibatkan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang berdepan tindakan disiplin baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya saksi dan tiada masalah nak bersumpah dengan Al-Quran apa yang telah kami saksi dan dengar sendiri daripada pimpinan PAS,\u201d tulis Wan Fayhsal.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, kenyataan Wan Fayhsal itu dilihat bercanggah selepas Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menafikan parti itu pernah mencalonkan mana-mana individu sebagai calon PM bagi PN, susulan audio tular yang mendakwa pimpinan PAS termasuk Presiden Abdul Hadi Awang setuju menjadikan Hamzah calon PM.<\/p>\n<p>Takiyuddin berkata, isu calon perdana menteri bagi mewakili pembangkang tidak pernah dibincangkan di peringkat PAS atau PN.<\/p>\n<p>\u201cPresiden PAS baru-baru ini menegaskan kita tidak mahu menamakan sesiapa sebagai calon PM, fokus kita untuk menang PRU-16 dahulu, calon PM ditentukan kemudian.<\/p>\n<p>\u201cDalam PN, ramai pemimpin berpotensi, bukan hanya satu calon. Jadi, isu itu tidak timbul,\u201d katanya semasa sidang media semalam.<\/p>\n<p>Berhubung dakwaan dalam audio yang tular sejak awal pagi tadi, Takiyuddin berkata pihak terbabit perlu membuktikanya.<\/p>\n<p>Penyebaran audio itu berlaku ketika isu calon PM dari PN hangat diperkatakan dan turut dikaitkan dengan akuan berkanun (SD) berkait kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.<\/p>\n<p>Perkara itu muncul ketika perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bulan lalu yang menyaksikan Muhyiddin diumum sebagai calon perdana menteri ke-11.<\/p>\n<p>Audio itu juga disebarkan ketika perbalahan dalam Bersatu dilihat semakin hangat apabila Ahli MPT Wan Saiful Wan Jan mendakwa Setiausaha Agung Azmin Ali tidak layak menjadi pemimpin selagi kontroversi \u2018video\u2019 didakwa membabitkan dirinya belum selesai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa mempunyai bukti berhubung sokongan PAS untuk menamakan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin sebagai calon perdana menteri (PM) bagi Perikatan Nasional (PN). Sumber dalaman parti mendedahkan, Wan Fayhsal dalam perbualan kumpulan WhatsApp Bersatu memberitahu sanggup menjadi saksi dan bersumpah bagi membuktikan wujud sokongan PAS terhadap Hamzah yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,136,71,126,1079,693,1914,1835],"authors":[],"class_list":["post-3867","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-calon","tag-muhyiddin","tag-pas","tag-pm","tag-takiyuddin","tag-wan-fayhsal","tag-wan-saiful"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3867","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3867"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3867\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3869,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3867\/revisions\/3869"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3867"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}