{"id":3871,"date":"2025-10-03T06:21:35","date_gmt":"2025-10-03T06:21:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3871"},"modified":"2025-10-03T06:21:35","modified_gmt":"2025-10-03T06:21:35","slug":"kerajaan-berusaha-bebaskan-semua-aktivis-kemanusiaan-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-berusaha-bebaskan-semua-aktivis-kemanusiaan-anwar\/","title":{"rendered":"Kerajaan berusaha bebaskan semua aktivis kemanusiaan: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memberikan jaminan kerajaan sedang menggembleng segala usaha bagi memastikan pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan Malaysia yang ditahan tanpa sebarang kompromi.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa memantau perkembangan terkini aktivis yang sedang ditahan pihak regim bersama-sama Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Sani Araby Abdul Alim Araby bagi memastikan usaha-usaha yang dijalankan lancar.<\/p>\n<p>\u201cSebagai Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara, saya turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia, selain meminta agar keadaan kesihatan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sepenuhnya,\u201d kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook.<\/p>\n<p>Berdasarkan kenyataan Sani Araby, kerajaan telah melaksanakan rundingan diplomatik secara maksimum bagi membebaskan 23 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan oleh Israel, termasuk dengan menghubungi pemimpin dari Turkiye, Qatar, dan Amerika Syarikat.<\/p>\n<p>\u201cSaya dihubungi Perdana Menteri awal pagi tadi. Rundingan diplomatik beliau dengan negara besar seperti Presiden Turkiye, Qatar, dan menghubungi Setiausaha AS sudah dibuat dan sedang digerakkan maksimum untuk delegasi Malaysia dibebaskan,\u201d ujar Sani.<\/p>\n<p>Kejadian ini berlaku setelah SNCC mengesahkan semalam23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF telah ditahan oleh tentera Israel.<\/p>\n<p>Israel mendakwa telah menghentikan flotila bantuan ke Gaza itu, dengan tentera lautnya memintas kebanyakan kapal.<\/p>\n<p>Daripada 42 kapal yang dijejaki dalam talian oleh GSF, 41 daripadanya dilaporkan telah dihentikan.<\/p>\n<p>Sehingga petang semalam, siaran langsung GSF di Instagram masih menunjukkan sebuah kapal bernama Marinette dilaporkan masih berlayar, digambarkan sebagai masih bergerak dengan gagah walaupun kelihatan berada di perairan berhampiran pantai Mesir.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memberikan jaminan kerajaan sedang menggembleng segala usaha bagi memastikan pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan Malaysia yang ditahan tanpa sebarang kompromi. Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa memantau perkembangan terkini aktivis yang sedang ditahan pihak regim bersama-sama Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Sani Araby Abdul Alim Araby bagi memastikan usaha-usaha yang dijalankan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3838,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1778,13,1339,329,1903,985],"authors":[],"class_list":["post-3871","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aktivis","tag-anwar","tag-ditahan","tag-gaza","tag-global-sumud-flotilla","tag-palestin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3871","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3871"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3871\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3872,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3871\/revisions\/3872"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3838"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3871"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3871"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3871"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3871"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}