{"id":3887,"date":"2025-10-03T07:05:22","date_gmt":"2025-10-03T07:05:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3887"},"modified":"2025-10-03T07:05:22","modified_gmt":"2025-10-03T07:05:22","slug":"malaysia-mohon-bantuan-turkiye-bawa-pulang-aktivis-ditahan-regim-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-mohon-bantuan-turkiye-bawa-pulang-aktivis-ditahan-regim-pmx\/","title":{"rendered":"Malaysia mohon bantuan Turkiye bawa pulang aktivis ditahan regim: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Malaysia sudah memohon bantuan daripada Turkiye untuk membawa pulang 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel semasa menjalankan misi kemanusiaan.<\/p>\n<p>Perkembangan ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selepas berhubung dengan rakan sejawatnya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi membincangkan langkah-langkah untuk membawa pulang aktivis yang ditahan oleh pihak regim semalam.<\/p>\n<p>Anwar memberitahu sudah meminta jasa baik Erdogan untuk membawa rakyat Malaysia keluar dari Israel menggunakan pesawat khas Turkiye.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah meminta jasa baik Presiden Erdogan supaya jika boleh, membawa mereka dari mana-mana lokasi sekitar Israel ke Istanbul dengan pesawat khas Turkiye yang akan mengambil rakyatnya sendiri.<\/p>\n<p>\u201cDari Istanbul, insya-Allah kita akan bawa pulang rakyat Malaysia. Beberapa persefahaman awal telah dicapai sejak pagi tadi,\u201d kata Anwar kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Khadijah.<\/p>\n<p>Selain itu, Malaysia turut mengaktifkan pelbagai saluran diplomatik antarabangsa termasuk dengan Qatar dan Amerika Syarikat bagi memastikan keselamatan serta pembebasan rakyatnya.<\/p>\n<p>Anwar juga memberitahu sudah berhubung dengan Perdana Menteri Qatar dan juga bekas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, bagi menyelaras usaha bantuan.<\/p>\n<p>\u201cMelalui hubungan dengan Presiden Turkiye, beliau telah menugaskan Ketua Keselamatan Negara Turkiye, Dr. Ibrahim Kalin, untuk membantu kita.<\/p>\n<p>\u201cIni penting kerana kita memerlukan tekanan antarabangsa yang menyeluruh,\u201d jelas Anwar.<\/p>\n<p>Beliau juga menekankan maklumat terkini daripada pihak Turkiye menunjukkan keadaan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat walaupun ditahan.<\/p>\n<p>\u201cKita berharap jangan ganggu rakyat kita, jangan dera mereka. Penjara itu sendiri sudah satu penderaan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan kepentingan diplomasi dalam menangani isu ini, walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Israel.<\/p>\n<p>\u201cInilah yang kita maksudkan dengan kebijaksanaan diplomasi \u2014 kita berhubung rapat dengan semua pihak kerana yang benar-benar boleh mempengaruhi Israel ialah AS. Oleh itu, kita menggunakan saluran Qatar dan Turkiye untuk menyampaikan pandangan kita,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Usaha bantuan ini dilancarkan selepas 23 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Malaysia sudah memohon bantuan daripada Turkiye untuk membawa pulang 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel semasa menjalankan misi kemanusiaan. Perkembangan ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selepas berhubung dengan rakan sejawatnya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi membincangkan langkah-langkah untuk membawa pulang aktivis yang ditahan oleh pihak regim semalam. Anwar memberitahu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1778,13,1922,1903,38,18,1923,1921],"authors":[],"class_list":["post-3887","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aktivis","tag-anwar","tag-erdogan","tag-global-sumud-flotilla","tag-malaysia","tag-pmx","tag-tahanan","tag-turkiye"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3887","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3887"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3887\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3888,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3887\/revisions\/3888"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3887"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3887"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3887"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3887"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}