{"id":3892,"date":"2025-10-03T13:19:39","date_gmt":"2025-10-03T13:19:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3892"},"modified":"2025-10-03T13:19:39","modified_gmt":"2025-10-03T13:19:39","slug":"muhyiddin-gesa-ahli-beri-ruang-lembaga-disiplin-siasat-isu-dalaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/muhyiddin-gesa-ahli-beri-ruang-lembaga-disiplin-siasat-isu-dalaman\/","title":{"rendered":"Muhyiddin gesa ahli beri ruang Lembaga Disiplin siasat isu dalaman"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menyeru semua ahli parti supaya memberikan kepercayaan dan ruang sepenuhnya kepada Lembaga Disiplin parti bagi menyiasat isu dalaman yang timbul baru-baru ini.<\/p>\n<p>Gesaan itu dibuat susulan kritikan terbuka dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, mengenai satu siasatan forensik terhadap sebuah video lama yang didakwa membabitkan Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali.<\/p>\n<p>Muhyiddin menegaskan Lembaga Disiplin telah diberikan mandat penuh untuk menjalankan siasatan secara adil, telus dan berlandaskan Perlembagaan parti.<\/p>\n<p>Beliau mengakui terdapat keresahan dalam kalangan ahli, tetapi menekankan kepentingan untuk kekal tenang dan berdisiplin.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat memahami keresahan dan kegusaran yang sedang dirasai oleh ahli-ahli BERSATU berhubung dengan cabaran yang sedang kita hadapi,\u201d katanya melalui satu kenyataan di Facebook.<\/p>\n<p>\u201cDalam suasana seperti ini, perkara paling penting ialah kita kekal bertenang, berdisiplin dan yakin bahawa segala isu akan diuruskan melalui saluran parti yang sah,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Beliau memberi amaran sebarang tindakan di luar saluran yang ditetapkan hanya akan melemahkan parti dan menguntungkan pihak lawan.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, saya meminta semua ahli memberi ruang dan kepercayaan kepada proses ini berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut menyeru seluruh ahli agar terus bersatu dan tidak terpesong daripada matlamat utama.<\/p>\n<p>\u201cKita berada dalam perjuangan yang jauh lebih besar iaitu memperkukuhkan Bersatu, memperkukuhkan PN dan membela kepentingan rakyat. Jangan sesekali kita biarkan cabaran dalaman mengalih perhatian kita daripada matlamat ini,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau yakin dengan kesabaran dan disiplin yang tinggi, Bersatu akan mengharungi cabaran ini dengan lebih utuh dan bersatu.<\/p>\n<p>Isu ini tercetus selepas Wan Saiful mendakwa Azmin tidak layak memimpin selagi kontroversi video yang didakwa tular pada 2019 itu tidak diselesaikan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menyeru semua ahli parti supaya memberikan kepercayaan dan ruang sepenuhnya kepada Lembaga Disiplin parti bagi menyiasat isu dalaman yang timbul baru-baru ini. Gesaan itu dibuat susulan kritikan terbuka dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, mengenai satu siasatan forensik terhadap sebuah video lama yang didakwa membabitkan Setiausaha Agung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[799,73,763,71,1835],"authors":[],"class_list":["post-3892","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azmin","tag-bersatu","tag-lembaga-disiplin","tag-muhyiddin","tag-wan-saiful"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3892","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3892"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3892\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3893,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3892\/revisions\/3893"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3892"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3892"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3892"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3892"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}