{"id":3895,"date":"2025-10-03T13:24:22","date_gmt":"2025-10-03T13:24:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3895"},"modified":"2025-10-03T13:24:22","modified_gmt":"2025-10-03T13:24:22","slug":"aktivis-malaysia-ditahan-regim-perlu-dibebaskan-dalam-tempoh-tiga-hari-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/aktivis-malaysia-ditahan-regim-perlu-dibebaskan-dalam-tempoh-tiga-hari-laporan\/","title":{"rendered":"Aktivis Malaysia ditahan regim perlu dibebaskan dalam tempoh tiga hari: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Israel perlu membebaskan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang kini ditahan di Kem Ktzi\u2019ot dalam tempoh tiga hari, setelah mereka menandatangani borang Request For Immediate Departure atau &#8216;Permohonan untuk Pelepasan Segera&#8217;.<\/p>\n<p>Peguam Dir Kheizwan Kamaruddin berkata, kesemua rakyat Malaysia yang ditahan itu telah dinasihatkan untuk menandatangani borang berkenaan ketika taklimat perundangan yang diberikan oleh peguam-peguam dari Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) di Tunisia dan Itali.<\/p>\n<p>&#8220;Sekiranya sudah menandatangani borang Request For Immediate Departure, mereka akan dibebaskan dalam tempoh 72 jam, iaitu tiga hari.<\/p>\n<p>&#8220;Perkara itu dilakukan agar tidak membebankan tahanan dan untuk tidak memanjangkan tempoh masa mereka berada di dalam tahanan pihak rejim Israel,&#8221; katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.<\/p>\n<p>Dir Kheizwan, antara lima peguam dari CENTHRA yang kini berada di Amman, Jordan bagi memastikan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan rejim Israel itu mendapat perlindungan undang-undang secara telus dan adil.<\/p>\n<p>Peguam lain yang terlibat ialah Fahmi Abd Moin, Azril Mohd Amin, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Luqman Mazlan.<\/p>\n<p>Dir Kheizwan berkata, selepas borang berkenaan ditandatangani, pihak Israel perlu menghantar pulang rakyat Malaysia terlibat menerusi sempadan yang akan ditentukan.<\/p>\n<p>&#8220;Perancangan awal adalah ke Jordan atau pun ke Mesir yang paling dekat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) telah dibenarkan berjumpa rakyat Malaysia yang ditahan dan dimaklumkan mereka semua berada dalam keadaan baik, selamat dan masih bersemangat tinggi.<\/p>\n<p>Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).<\/p>\n<p>Selain itu, Razali Awang (kapal Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).<\/p>\n<p>GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Israel perlu membebaskan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang kini ditahan di Kem Ktzi\u2019ot dalam tempoh tiga hari, setelah mereka menandatangani borang Request For Immediate Departure atau &#8216;Permohonan untuk Pelepasan Segera&#8217;. Peguam Dir Kheizwan Kamaruddin berkata, kesemua rakyat Malaysia yang ditahan itu telah dinasihatkan untuk menandatangani borang berkenaan ketika taklimat perundangan yang diberikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3838,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1925,1903,38,328,1923],"authors":[],"class_list":["post-3895","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-centhra","tag-global-sumud-flotilla","tag-malaysia","tag-palestine","tag-tahanan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3895","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3895"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3895\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3896,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3895\/revisions\/3896"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3838"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3895"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3895"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3895"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3895"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}