{"id":3907,"date":"2025-10-04T09:08:21","date_gmt":"2025-10-04T09:08:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3907"},"modified":"2025-10-04T09:15:45","modified_gmt":"2025-10-04T09:15:45","slug":"warisan-perkenal-mekanisme-halang-wakil-rakyat-lompat-denda-rm10-juta-shafie","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/warisan-perkenal-mekanisme-halang-wakil-rakyat-lompat-denda-rm10-juta-shafie\/","title":{"rendered":"Warisan perkenal mekanisme halang wakil rakyat lompat, denda RM10 juta: Shafie"},"content":{"rendered":"<p>Parti Warisan akan melaksanakan rangka undang-undang dalaman yang tegas bagi membendung budaya lompat parti, termasuk mengenakan denda RM10 juta dan pemecatan serta-merta kepada mana-mana calonnya yang menang tetapi keluar parti kemudiannya.<\/p>\n<p>Presidennya, Mohd Shafie Apdal, berkata pendekatan drastik itu bagi menamatkan budaya politik tidak berprinsip yang dianggap mengkhianati mandat rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKita sedang rangka mekanisme undang-undang dalaman untuk halang budaya lompat parti, termasuk melalui surat akuan bersumpah.<\/p>\n<p>\u201cMana-mana calon Warisan yang keluar parti selepas menang akan gugur keahlian, wajib kosongkan kerusi dan bayar denda RM10 juta,\u201d tegas Shafie.<\/p>\n<p>Beliau berkata denda tinggi itu bertujuan memberi mesej jelas kepada mana-mana individu yang menjadikan politik sebagai jalan singkat untuk mengejar imbuhan.<\/p>\n<p>Mengenai penerimaan ahli baharu, Shafie menegaskan Warisan tidak akan memberi laluan mudah kepada bekas ahli yang pernah melompat parti untuk kembali menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah akan datang.<\/p>\n<p>\u201cKadang-kadang ada yang mahu masuk semula kerana mahu jadi calon. Kalau begitu tidak bolehlah. Keutamaan kita adalah untuk mengambil alih kuasa dan memastikan kestabilan politik,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Slogan Kempen PRN-17 Sabah bertemakan &#8220;Selamatkan Sabah&#8221; yang disifatkannya sebagai simbol penyatuan dan kebangkitan semangat parti.<\/p>\n<p>\u201cKita guna satu logo dan satu slogan supaya rakyat kenal dan tahu bahawa Warisan mempunyai satu ikatan, satu unity,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Shafie menafikan sebarang bentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) menjelang PRN-17.<\/p>\n<p>\u201cParti Warisan belum ada lagi UMNO. Jadi jangan dengar BN, dengar Parti Warisan punya pengumuman,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut meluahkan keyakinanslogan &#8220;Selamatkan Sabah&#8221; mampu mencetuskan gelombang baharu dan merubah landskap politik negeri berdasarkan semangat kesatuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Warisan akan melaksanakan rangka undang-undang dalaman yang tegas bagi membendung budaya lompat parti, termasuk mengenakan denda RM10 juta dan pemecatan serta-merta kepada mana-mana calonnya yang menang tetapi keluar parti kemudiannya. Presidennya, Mohd Shafie Apdal, berkata pendekatan drastik itu bagi menamatkan budaya politik tidak berprinsip yang dianggap mengkhianati mandat rakyat. \u201cKita sedang rangka mekanisme undang-undang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":277,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[136,1773,1932,103,102,1931,239],"authors":[],"class_list":["post-3907","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-calon","tag-denda","tag-lompat","tag-prn","tag-sabah","tag-shafie","tag-warisan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3907","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3907"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3907\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3908,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3907\/revisions\/3908"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/277"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3907"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3907"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3907"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3907"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}