{"id":3914,"date":"2025-10-04T15:38:53","date_gmt":"2025-10-04T15:38:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3914"},"modified":"2025-10-04T15:38:53","modified_gmt":"2025-10-04T15:38:53","slug":"pm-pakistan-melawat-malaysia-esok-perkukuh-kerjasama-dua-hala","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pm-pakistan-melawat-malaysia-esok-perkukuh-kerjasama-dua-hala\/","title":{"rendered":"PM Pakistan melawat Malaysia esok, perkukuh kerjasama dua hala"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari mulai esok, atas jemputan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra), lawatan ini merupakan membalas lawatan Anwar ke Pakistan tahun lepas.<\/p>\n<p>Rombongan beliau turut dianggotai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar.<\/p>\n<p>Shehbaz bakal disambut dengan istiadat rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada hari pertama lawatan, yang diikuti dengan pertemuan empat mata serta mesyuarat dua hala bersama Anwar.<\/p>\n<p>\u201cKedua-dua pemimpin dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama antara Malaysia-Pakistan, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan dan pertahanan,\u201d kata Wisma Putra dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Pertemuan tersebut juga akan membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.<\/p>\n<p>Satu tanda aras penting dalam lawatan ini ialah pertukaran lima Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi bidang seperti pelancongan, pendidikan tinggi, pensijilan halal, dan pencegahan rasuah.<\/p>\n<p>Sebagai penghormatan, Shehbaz Sharif akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan dan Tadbir Urus oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).<\/p>\n<p>Beliau juga dijadual berucap di Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Pakistan-Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cLawatan ini dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama dalam bidang yang berkepentingan bersama,\u201d tambah Wisma Putra.<\/p>\n<p>Hubungan diplomatik Malaysia-Pakistan yang terjalin sejak 1957 dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 2019, dengan jumlah perdagangan dua hala mencatat peningkatan 25.5 peratus kepada RM8.07 bilion pada 2024.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari mulai esok, atas jemputan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim. Menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra), lawatan ini merupakan membalas lawatan Anwar ke Pakistan tahun lepas. Rombongan beliau turut dianggotai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3915,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1936,1935,866,18,1937],"authors":[],"class_list":["post-3914","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-melawat","tag-muhammad-shehbaz-sharif","tag-pakistan","tag-pmx","tag-wisma-putra"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3914","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3914"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3914\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3916,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3914\/revisions\/3916"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3915"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3914"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3914"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3914"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3914"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}