{"id":3917,"date":"2025-10-04T15:45:43","date_gmt":"2025-10-04T15:45:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3917"},"modified":"2025-10-04T15:45:43","modified_gmt":"2025-10-04T15:45:43","slug":"grs-tak-terkesan-dengan-keputusan-parti-komponen-keluar-gabungan-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/grs-tak-terkesan-dengan-keputusan-parti-komponen-keluar-gabungan-hajiji\/","title":{"rendered":"GRS tak terkesan dengan keputusan parti komponen keluar gabungan: Hajiji"},"content":{"rendered":"<p>Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus teguh dan tidak terjejas dengan keputusan beberapa parti komponennya untuk meninggalkan gabungan itu dan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.<\/p>\n<p>Keyakinan ini dinyatakan oleh Pengerusi GRS, Hajiji Noor, yang menegaskan pendirian terbuka gabungan itu yang tidak pernah memaksa mana-mana parti komponen untuk kekal, malah menghormati sebarang keputusan mereka untuk bertanding secara berasingan berdasarkan pertimbangan parti masing-masing.<\/p>\n<p>Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah juga menyatakan keyakinan penuh terhadap kekuatan GRS yang disandarkan berasaskan kerjasama erat komponennya dan sokongan kukuh rakyat.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah kita akan menang pada pilihan raya nanti. Kita bersama rakan-rakan komponen lain terutama sekali Parti Bersatu Sabah (PBS) masih kukuh dan Insya-Allah GRS terus kekal sebagai gabungan yang kuat dan mantap di Sabah,\u201d ujar Hajiji ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan di Kampung Taka, Pitas.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan perjuangan GRS masih belum selesai.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu teruskan perjuangan ini kerana kita baru separuh jalan,\u201d katanya merujuk kepada kejayaan pelaksanaan agenda pembangunan di bawah dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).<\/p>\n<p>Hajiji berkata, mandat yang diberikan rakyat sejak tahun 2020 telah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun berdepan pelbagai cabaran dan sindiran, kepimpinan kerajaan tetap teguh melaksanakan amanah rakyat. SMJ bukan sekadar slogan, ia satu pelan bertindak yang telah menampakkan hasil,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Keputusan terkini menyaksikan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada komponen GRS untuk bertanding menggunakan lambang sendiri pada PRN Sabah, ekoran tidak mahu terikat dengan agihan kerusi yang sedang dirundingkan antara GRS dan Pakatan Harapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus teguh dan tidak terjejas dengan keputusan beberapa parti komponennya untuk meninggalkan gabungan itu dan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17. Keyakinan ini dinyatakan oleh Pengerusi GRS, Hajiji Noor, yang menegaskan pendirian terbuka gabungan itu yang tidak pernah memaksa mana-mana parti komponen untuk kekal, malah menghormati sebarang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":825,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[240,151,397,103,102],"authors":[],"class_list":["post-3917","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-gabungan","tag-grs","tag-hajiji","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3917","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3917"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3917\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3918,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3917\/revisions\/3918"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/825"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3917"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3917"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3917"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3917"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}