{"id":3926,"date":"2025-10-05T08:06:47","date_gmt":"2025-10-05T08:06:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3926"},"modified":"2025-10-05T08:06:47","modified_gmt":"2025-10-05T08:06:47","slug":"jemputan-ke-atas-trump-adalah-keputusan-bersama-10-negara-asean-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jemputan-ke-atas-trump-adalah-keputusan-bersama-10-negara-asean-zahid\/","title":{"rendered":"Jemputan ke atas Trump adalah keputusan bersama 10 negara ASEAN: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah keputusan yang dibuat secara sebulat suara oleh kesemua sepuluh pemimpin negara-negara ASEAN, bukannya keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara sendirian.<\/p>\n<p>Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kedatangan Trump tidak akan melemahkan pendirian Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Gaza, Palestin yang sentiasa menjadi keutamaan walaupun berdepan tekanan luar.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan keputusan PMX (Anwar Ibrahim) sebagai Pengerusi ASEAN, tetapi keputusan sebulat suara seluruh 10 pemimpin negara ASEAN untuk mengadakan sidang kemuncak dengan rakan dialog kita, dan Trump adalah Presiden AS,\u201d jelas Zahid selepas menghadiri satu majlis di Stadium Tertutup Arena Larkin hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaska platform ASEAN sentiasa mengamalkan konsep perkongsian dengan rakan-rakan dialog dari luar serantau, termasuklah Amerika Syarikat, Jepun dan China.<\/p>\n<p>Walaupun menghormati keputusan bersama ASEAN, Zahid menekankan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian asalnya untuk membantah sebarang campur tangan AS dalam konflik di Gaza.<\/p>\n<p>\u201cPendirian itu tidak mengubah kedudukan kita dan secara rasionalnya pengerusi ASEAN, Malaysia harus menghormati keputusan sebulat suara pemimpin negara ASEAN,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mengenai kemungkinan isu ini dibangkitkan di Parlimen, Zahid tidak menolak ia akan menjadi isu yang akan dibangkitkan tetapi perlu mengambil kira kepentingan ASEAN.<\/p>\n<p>\u201cYa, mungkin ada Ahli Parlimen yang akan bahaskan isu ini dan mereka boleh buat demikian tetapi kita harus hormati keputusan dibuat sekretariat ASEAN,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan menyaksikan Timor Leste diterima secara rasmi sebagai ahli ke-11 pertubuhan serantau itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah keputusan yang dibuat secara sebulat suara oleh kesemua sepuluh pemimpin negara-negara ASEAN, bukannya keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara sendirian. Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kedatangan Trump tidak akan melemahkan pendirian Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Gaza, Palestin yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":822,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[147,821,13,221,1110,1887,18],"authors":[],"class_list":["post-3926","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-amerika-syarikat","tag-anwar","tag-asean","tag-donald-trump","tag-jemputan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3926","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3926"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3926\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3927,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3926\/revisions\/3927"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/822"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3926"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3926"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3926"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3926"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}