{"id":393,"date":"2025-05-27T08:55:12","date_gmt":"2025-05-27T08:55:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=393"},"modified":"2025-05-27T08:55:12","modified_gmt":"2025-05-27T08:55:12","slug":"kes-ceo-batu-fahmi-kesal-pempengaruh-ambil-kesempatan-gesa-tindakan-tegas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-ceo-batu-fahmi-kesal-pempengaruh-ambil-kesempatan-gesa-tindakan-tegas\/","title":{"rendered":"Kes CEO Batu: Fahmi kesal pempengaruh ambil kesempatan, gesa tindakan tegas"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi kini dalam proses meneliti beberapa langkah penting bagi memperkukuh keselamatan dalam talian, termasuk pelaksanaan verifikasi atau pengesahan identiti pengguna.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyuarakan kebimbangan, berhubung insiden seorang pempengaruh media sosial yang didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.<\/p>\n<p>\u201cSaya risau apa berlaku baru-baru ini, apabila seorang pempengaruh telah berhubung dengan kanak- kanak berusia 14 tahun dengan mesej lucah dan ini perkara yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.<\/p>\n<p>\u201cSaya sangat risau kerana anak kecil yang mungkin tidak tahu dan tidak faham penggunaan media sosial. Mereka memandang tinggi kepada pempengaruh, tapi seolah pempengaruh ini ada yang didakwa ambil kesempatan\u2026ini perkara yang saya sangat kesali,\u201d katanya kepada selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi hari ini.<\/p>\n<p>Ujarnya lagi, langkah itu penting, bagi melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa kepada pemangsa seksual dalam talian.<\/p>\n<p>Sebelum ini, dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pempengaruh media sosial yang didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada beberapa individu, termasuk remaja bawah umur.<\/p>\n<p>Fahmi turut menasihatkan warga Kementerian Komunikasi untuk menyahaktifkan media sosial anak mereka yang berusia bawah 13 tahun, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku selain mengawal penggunaan aplikasi WhatsApp anak masing-masing.<\/p>\n<p>Sementara itu ketika berucap pada majlis itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi telah memainkan peranan penting semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, terutama dalam memastikan capaian Internet dan liputan baik semasa persidangan berlangsung.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah melihat sendiri usaha kita untuk memastikan capaian Internet termasuk 5G di International Media Center itu berada dalam keadaan yang sangat baik, walaupun ada media yang mengatakan masalah wifi dan itu bukan bawah jagaan kita, tetapi setelah mendengar kita terus membantu.<\/p>\n<p>\u201cKita membantu dengan meminta pihak khusus menambah jumlah access point bagi memudahkan rakan-rakan media,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada majlis itu, Fahmi turut merasmikan nama baharu bangunan Kementerian Komunikasi daripada Kompleks Kementerian Komunikasi kepada Menara Komunikasi sebagai simbol keterhubungan, kekuatan teknologi dan aspirasi bangsa menuju kemajuan dalam bidang komunikasi.<\/p>\n<p>Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi kini dalam proses meneliti beberapa langkah penting bagi memperkukuh keselamatan dalam talian, termasuk pelaksanaan verifikasi atau pengesahan identiti pengguna. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyuarakan kebimbangan, berhubung insiden seorang pempengaruh media sosial yang didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. \u201cSaya risau apa berlaku baru-baru ini, apabila seorang pempengaruh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":395,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[312,49,184,43,311],"authors":[],"class_list":["post-393","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ceo-batu","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-pdrm","tag-pempengaruh"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/393","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=393"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/393\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":396,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/393\/revisions\/396"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/395"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=393"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=393"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=393"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=393"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}