{"id":3936,"date":"2025-10-05T08:41:27","date_gmt":"2025-10-05T08:41:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3936"},"modified":"2025-10-05T08:42:45","modified_gmt":"2025-10-05T08:42:45","slug":"pembebasan-23-aktivis-kemanusiaan-gsf-gpms-dan-abim-puji-kepimpinan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pembebasan-23-aktivis-kemanusiaan-gsf-gpms-dan-abim-puji-kepimpinan-pmx\/","title":{"rendered":"Pembebasan 23 aktivis kemanusiaan GSF: GPMS dan ABIM puji kepimpinan PMX"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan pantas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dalam memastikan pembebasan 23 aktivis kemanusiaan Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) mendapat pujian dua pertubuhan terkemuka.<\/p>\n<p>Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Fazreen Fauzi, menyifatkan kejayaan itu sebagai membuktikan keprihatinan dan komitmen kerajaan mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat.<\/p>\n<p>Beliau menzahirkan penghargaan tertinggi kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan ke semua aktivis negara yang menyertai misi tersebut.<\/p>\n<p>\u201cUsaha bersepadu yang diterajui oleh Perdana Menteri bersama Wisma Putra membuktikan Kerajaan Malaysia Madani konsisten dalam memperjuangkan keadilan di peringkat antarabangsa. Ia juga menyerlahkan kewibawaan diplomasi Malaysia yang kekal disegani oleh dunia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fazreen turut menyampaikan penghormatan tertinggi kepada para aktivis yang digelar \u2018wira kemanusiaan\u2019 negara.<\/p>\n<p>\u201cKeberanian mereka mencerminkan semangat Malaysia Madani yang berpaksikan kasih sayang, keadilan dan perjuangan nilai kemanusiaan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata kejayaan itu mencerminkan komitmen tinggi Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKeberhasilan diplomasi ini mencerminkan komitmen tinggi Malaysia dalam memperjuangkan prinsip kemanusiaan dan solidariti sejagat terhadap rakyat Palestin.<\/p>\n<p>\u201cIa membuktikan pendekatan diplomasi berprinsip yang berteraskan nilai Madani mampu mengimbangi tuntutan kemanusiaan dan keselamatan nasional,\u201d tegas Ahmad Fahmi.<\/p>\n<p>ABIM juga mengambil iktibar agar usaha diplomatik kerajaan diteruskan untuk membebaskan baki tahanan flotilla dari negara lain.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini bukan sahaja memperkukuh solidariti antarabangsa, tetapi turut memperlihatkan kepimpinan moral Malaysia dalam mempertahankan prinsip kemanusiaan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Kedua-dua pertubuhan itu sepakat menegaskan kejayaan membebaskan rakyat Malaysia ini tidak sepatutnya mengurangkan tumpuan terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza, malah semangat perjuangan perlu diteruskan dengan lebih kuat dan istiqamah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan pantas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dalam memastikan pembebasan 23 aktivis kemanusiaan Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) mendapat pujian dua pertubuhan terkemuka. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Fazreen Fauzi, menyifatkan kejayaan itu sebagai membuktikan keprihatinan dan komitmen kerajaan mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat. Beliau menzahirkan penghargaan tertinggi kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3938,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1778,13,1903,1888,985,1945,18],"authors":[],"class_list":["post-3936","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aktivis","tag-anwar","tag-global-sumud-flotilla","tag-gsf","tag-palestin","tag-pembebasan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3936","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3936"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3936\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3939,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3936\/revisions\/3939"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3938"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3936"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3936"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3936"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3936"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}