{"id":3942,"date":"2025-10-06T03:22:52","date_gmt":"2025-10-06T03:22:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3942"},"modified":"2025-10-06T03:22:52","modified_gmt":"2025-10-06T03:22:52","slug":"prestasi-kewangan-kerajaan-tunjuk-prestasi-baik-defisit-menyusut-ketua-audit-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prestasi-kewangan-kerajaan-tunjuk-prestasi-baik-defisit-menyusut-ketua-audit-negara\/","title":{"rendered":"Prestasi kewangan kerajaan tunjuk prestasi baik, defisit menyusut: Ketua Audit Negara"},"content":{"rendered":"<p>Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2024 menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan penurunan ketara dalam defisit serta nisbah defisit berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).<\/p>\n<p>Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3\/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, defisit kerajaan telah menyusut sebanyak RM12.224 bilion kepada RM79.166 bilion berbanding RM91.390 bilion pada tahun 2023.<\/p>\n<p>\u201cNisbah defisit kepada KDNK turut berkurang kepada 4.1 peratus, berbanding lima peratus pada 2023 dan lebih baik daripada sasaran 4.3 peratus yang ditetapkan dalam Belanjawan 2024,\u201d kata Ketua Audit Negara, Wan Suraya Wan Mohd Radzi.<\/p>\n<p>\u201cPencapaian ini meletakkan asas kukuh untuk mencapai sasaran defisit jangka sederhana di bawah tiga peratus,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Wan Suraya juga mengesahkan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 memberikan gambaran yang benar dan saksama.<\/p>\n<p>\u201cRekod perakaunannya sudah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Ketua Audit Negara sudah memberikan pendapat tanpa teguran dengan perenggan hal-hal lain,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, laporan tersebut turut menyentuh beberapa isu, termasuk kelewatan dalam Projek Pangkalan Operasi Hadapan di Pulau Mabul, Sabah, yang masih belum siap meskipun dirancang sejak 2016.<\/p>\n<p>Di samping itu, Jabatan Audit Negara telah memperluas skop auditnya mulai tahun ini dengan melaksanakan sistem e-SelfAudit bagi 1,856 badan lain termasuk syarikat kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cPengauditan sistem e-SelfAudit mengadaptasi penggunaan pendigitalan dan teknologi terkini bagi membolehkan semua syarikat diaudit setiap tahun,\u201d ujar Wan Suraya.<\/p>\n<p>Daripada 13 penyata kewangan kerajaan negeri yang diaudit, empat negeri iaitu Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu menerima Pendapat Tanpa Teguran, manakala sembilan negeri lain mendapat Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Hal-hal Lain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2024 menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan penurunan ketara dalam defisit serta nisbah defisit berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3\/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, defisit kerajaan telah menyusut sebanyak RM12.224 bilion kepada RM79.166 bilion berbanding RM91.390 bilion pada tahun 2023. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1797,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[284,897,1948,287,561,1039],"authors":[],"class_list":["post-3942","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-defisit","tag-kdnk","tag-ketua-audit","tag-kewangan","tag-laporan","tag-wan-suraya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3942","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3942"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3942\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3943,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3942\/revisions\/3943"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1797"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3942"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3942"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3942"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3942"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}