{"id":3960,"date":"2025-10-06T07:26:45","date_gmt":"2025-10-06T07:26:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3960"},"modified":"2025-10-06T07:26:45","modified_gmt":"2025-10-06T07:26:45","slug":"zaliha-jelaskan-status-sebenar-kampong-bharu-bukan-tanah-rizab-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zaliha-jelaskan-status-sebenar-kampong-bharu-bukan-tanah-rizab-melayu\/","title":{"rendered":"Zaliha jelaskan status sebenar Kampong Bharu, bukan tanah Rizab Melayu"},"content":{"rendered":"<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, tampil membetulkan tanggapan umum yang mengelirukan mengenai status Kampong Bharu di sini.<\/p>\n<p>Zaliha menjelaskan kawasan bersejarah itu bukannya tanah Rizab Melayu seperti yang sering disalah erti oleh ramai, ia sebaliknya merupakan kawasan yang dirizabkan sebagai \u2018Malay Agricultural Settlement\u2019 (MAS) atau Penempatan Pertanian Melayu, yang telah diwartakan pada 12 Januari 1900.<\/p>\n<p>\u201cTanah ini mempunyai sekatan kepentingan yang tidak membenarkan orang bukan Melayu memiliki serta menghuni,\u201d jelas beliau ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada Isnin.<\/p>\n<p>Penjelasan itu diberikan bagi menjawab pertanyaan daripada Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) mengenai cabaran pembangunan tanah rizab Melayu.<\/p>\n<p>Zaliha membezakan antara status Kampong Bharu dengan Tanah Rizab Melayu yang sebenar di Kuala Lumpur, yang tertakluk di bawah enakmen berbeza.<\/p>\n<p>Mengenai Tanah Rizab Melayu yang sebenar, beliau mendedahkan sehingga tahun 2025, jumlah keluasannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah 2,480 ekar, merangkumi kawasan seperti Rizab Melayu Segambut, Selayang, Sungai Penchala, Taman Desa, dan Gombak.<\/p>\n<p>Namun, pembangunan semula kawasan ini menghadapi pelbagai cabaran kompleks.<\/p>\n<p>\u201cCabaran-cabaran ini bukan sahaja melibatkan aspek teknikal dan fizikal, malah turut merangkumi isu pemilikan tanah, persetujuan pembangunan, nilaian hartanah, persepsi masyarakat setempat dan nilai warisan budaya,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskanaktor pemilikan tanah yang terbahagi kepada ramai pemilik, termasuk tanah pusaka, sering menyukarkan proses mencapai persetujuan sepunya.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya terdapat seorang pemilik tidak bersetuju dengan tawaran pembangunan, ia boleh menggagalkan proses urus niaga atau pembangunan semula yang dicadangkan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Tambah beliau, nilai pasaran tanah rizab Melayu juga dianggap terhad disebabkan sekatan yang menghalang pemilikan oleh bukan Melayu, seterusnya mengehadkan minat pelabur.<\/p>\n<p>Justeru, Zaliha berkata sebarang pembangunan perlu dilaksanakan secara lestari dan inklusif, dengan pendekatan yang menyeluruh serta sensitif terhadap aspek budaya, ekonomi dan undang-undang bagi memastikan manfaat kepada semua pihak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, tampil membetulkan tanggapan umum yang mengelirukan mengenai status Kampong Bharu di sini. Zaliha menjelaskan kawasan bersejarah itu bukannya tanah Rizab Melayu seperti yang sering disalah erti oleh ramai, ia sebaliknya merupakan kawasan yang dirizabkan sebagai \u2018Malay Agricultural Settlement\u2019 (MAS) atau Penempatan Pertanian Melayu, yang telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2320,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1958,934,309,1960,1959,137],"authors":[],"class_list":["post-3960","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kampung-bharu","tag-menteri-wilayah-persekutuan","tag-parlimen","tag-rizab-tanah-melayu","tag-status","tag-zaliha-mustafa"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3960","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3960"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3960\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3961,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3960\/revisions\/3961"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2320"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3960"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3960"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3960"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3960"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}