{"id":3986,"date":"2025-10-07T07:31:04","date_gmt":"2025-10-07T07:31:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3986"},"modified":"2025-10-07T07:31:04","modified_gmt":"2025-10-07T07:31:04","slug":"isu-vape-kerajaan-saran-pengharaman-dan-naik-cukai-10-kali-ganda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-vape-kerajaan-saran-pengharaman-dan-naik-cukai-10-kali-ganda\/","title":{"rendered":"Isu vape: kerajaan saran pengharaman dan naik cukai 10 kali ganda"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan sedang merancang langkah drastik bagi menangani isu penggunaan vape di negara ini, termasuk cadangan mengharamkannya terus serta menaikkan kadar cukai sehingga sepuluh kali ganda.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, mendedahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan cadangan menaikkan cukai cecair vape daripada 40 sen kepada RM4 bagi setiap mililiter (ml) kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan dalam Belanjawan 2026.<\/p>\n<p>Beliau berkata, langkah itu bagi menyelaraskan kadar cukai produk vape dengan produk tembakau konvensional yang sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cKadar cukai yang dicadangkan ialah daripada 40 sen kepada RM4 setiap ml, dan ini merupakan cadangan daripada pihak KKM untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan,\u201d jelas Lukanisman semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, jurang cukai yang ketara antara rokok dan vape menjadi punca utama ramai pengguna beralih kepada vape.<\/p>\n<p>Beliau membandingkan satu kotak rokok bersamaan lebih kurang 2ml cecair vape, namun cukai yang dikenakan ke atas vape adalah jauh lebih rendah.<\/p>\n<p>Selain cadangan cukai, Lukanisman mengulangi pendirian KKM yang sedang bergerak ke arah larangan menyeluruh terhadap produk vape.<\/p>\n<p>Cadangan pengharaman ini dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan perbelanjaan kerajaan yang besar untuk merawat penyakit berkaitan vape.<\/p>\n<p>\u201cDaripada kita terus berperang dengan rokok dan vape, lebih baik kita hapuskannya kerana ia satu bentuk mudarat yang sedang menular,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, anggaran sebanyak RM244.8 juta telah dibelanjakan setakat ini bagi merawat penyakit EVALI (E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury) yang berpunca daripada vape.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya keadaan ini berterusan, kita mungkin terpaksa membelanjakan antara RM300 juta hingga RM400 juta menjelang tahun 2030,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Sehingga kini, sebanyak 46 kes EVALI dengan komplikasi serius pada paru-paru telah direkodkan, manakala 45 kes bukan EVALI melibatkan komplikasi kesihatan lain turut berpunca daripada vape.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan sedang merancang langkah drastik bagi menangani isu penggunaan vape di negara ini, termasuk cadangan mengharamkannya terus serta menaikkan kadar cukai sehingga sepuluh kali ganda. Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, mendedahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan cadangan menaikkan cukai cecair vape daripada 40 sen kepada RM4 bagi setiap mililiter (ml) kepada Kementerian Kewangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3670,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[483,1883,990,1971,1972,591],"authors":[],"class_list":["post-3986","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cukai","tag-haram","tag-kkm","tag-lukanisman-awang-sauni","tag-rokok","tag-vape"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3986","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3986"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3986\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3987,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3986\/revisions\/3987"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3986"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3986"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3986"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3986"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}