{"id":3997,"date":"2025-10-07T10:29:04","date_gmt":"2025-10-07T10:29:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3997"},"modified":"2025-10-07T10:29:04","modified_gmt":"2025-10-07T10:29:04","slug":"kementerian-pelancongan-akur-teguran-pmx-janji-elak-isu-arak-berulang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kementerian-pelancongan-akur-teguran-pmx-janji-elak-isu-arak-berulang\/","title":{"rendered":"Kementerian Pelancongan akur teguran PMX, janji elak isu arak berulang"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima teguran keras Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berhubung isu penghidangan arak dalam satu majlis industri pelancongan yang dihadiri Menterinya, Tiong King Sing.<\/p>\n<p>MOTAC dalam satu kenyataan memohon maaf atas segala \u201ckekeliruan atau salah faham\u201d yang timbul dan berjanji insiden itu tidak akan berulang.<\/p>\n<p>Kementerian itu berkata, mereka menerima teguran berkenaan dengan penuh rasa tanggungjawab dan rendah hati.<\/p>\n<p>\u201cKementerian mengambil iktibar daripada perkara ini dan akan memastikan agar perkara seumpama ini tidak akan berulang.<\/p>\n<p>\u201cMOTAC juga akan memastikan setiap pelaksanaan program di bawah seliaannya mematuhi garis panduan serta etika yang telah ditetarkan,\u201d menurut kenyataan tersebut.<\/p>\n<p>Terdahulu, Anwar memberi amaran keras kepada King Sing serta kementeriannya bagi memastikan insen penghidangan arak di acara rasmi kerajaan tidak berulang.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan penjelasan kementerian tersebut minuman keras hanya dihidangkan selepas acara rasmi tamat adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima.<\/p>\n<p>MOTAC turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas nasihat dan pandangan membina yang diberikan.<\/p>\n<p>\u201cSegala kesulitan yang timbul amat dikesali. Motac akan terus memperkukuh komunikasi serta memastikan penambahbaikan berterusan,\u201d tambah kenyataan itu.<\/p>\n<p>Sementara itu, King Sing enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditemui pemberita di Sunway hari ini.<\/p>\n<p>Isu ini tercetus ekoran tularnya gambar yang memaparkan minuman keras dihidangkan pada majlis makan malam sempena program Global Travel Meet yang dihadiri oleh King Sing.<\/p>\n<p>Beberapa gambar lain turut menunjukkan menteri berkenaan serta beberapa tetamu yang hadir memegang gelas berisi wain dan bir.<\/p>\n<p>Dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan sebarang bentuk penghidangan arak dalam sebarang acara rasmi kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima teguran keras Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berhubung isu penghidangan arak dalam satu majlis industri pelancongan yang dihadiri Menterinya, Tiong King Sing. MOTAC dalam satu kenyataan memohon maaf atas segala \u201ckekeliruan atau salah faham\u201d yang timbul dan berjanji insiden itu tidak akan berulang. Kementerian itu berkata, mereka menerima teguran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3998,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,389,1944,1952,18,1975,1938,1953],"authors":[],"class_list":["post-3997","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-arak","tag-kementerian-pelancongan","tag-motac","tag-pmx","tag-sajian","tag-tiong-king-sing","tag-tourism-malaysia"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3997","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3997"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3997\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3999,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3997\/revisions\/3999"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3998"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3997"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3997"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3997"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3997"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}