{"id":4010,"date":"2025-10-07T20:26:16","date_gmt":"2025-10-07T20:26:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4010"},"modified":"2025-10-07T20:27:05","modified_gmt":"2025-10-07T20:27:05","slug":"ceo-petronas-mohon-maaf-atas-insiden-mandi-champagne-semasa-f1-singapura","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ceo-petronas-mohon-maaf-atas-insiden-mandi-champagne-semasa-f1-singapura\/","title":{"rendered":"CEO Petronas mohon maaf atas insiden \u2018mandi champagne\u2019 semasa F1 Singapura"},"content":{"rendered":"<p>Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka berikutan tindakannya dalam sambutan kemenangan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One di Grand Prix Singapura baru-baru ini.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan tindakannya itu sebagai satu \u201cketerujaan spontan\u201d yang mungkin tidak bersesuaian selepas menerima kecaman orang ramai semasa meraikan kemenangan tersebut.<\/p>\n<p>Tengku Taufik yang menerima Trofi Kemenangan Konstruktor bagi pihak pasukan itu mengakui walaupun tidak mengambil sebarang minuman keras, tetapi sebagai seorang Muslim, penglibatannya dalam acara sambutan sedemikian adalah tidak wajar.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, saya ingin memohon maaf atas perbuatan saya yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala tindakan saya,\u201d jelasnya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Insiden yang berlaku pada 5 Oktober itu telah menarik kritikan, termasuk daripada Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid, yang mengutuk keras penyertaannya dalam acara \u2018mandi champagne\u2019 di atas podium.<\/p>\n<p>Walaupun memohon maaf, Tengku Taufik menegaskan kemenangan tersebut merupakan satu pencapaian penting yang mempamerkan hasil kerjasama jangka panjang Petronas dengan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1.<\/p>\n<p>Beliau turut menyatakan penghargaan atas sokongan berterusan orang ramai.<\/p>\n<p>\u201cBerkat usaha gigih Petronas, kejayaan yang dikecapi sekarang dan kecemerlangan yang bakal dicapai di masa akan datang dalam era bahan api mampan mampu membuktikan kebolehan dan keunggulan inovasi ciptaan Malaysia,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka berikutan tindakannya dalam sambutan kemenangan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One di Grand Prix Singapura baru-baru ini. Beliau menyifatkan tindakannya itu sebagai satu \u201cketerujaan spontan\u201d yang mungkin tidak bersesuaian selepas menerima kecaman orang ramai semasa meraikan kemenangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4011,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1985,1982,434,1984,1983,1981],"authors":[],"class_list":["post-4010","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-champagne","tag-f1","tag-petronas","tag-podium","tag-singapura","tag-tengku-muhammad-taufik-tengku-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4010","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4010"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4010\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4013,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4010\/revisions\/4013"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4011"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4010"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4010"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4010"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4010"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}