{"id":4023,"date":"2025-10-08T06:17:38","date_gmt":"2025-10-08T06:17:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4023"},"modified":"2025-10-08T07:21:29","modified_gmt":"2025-10-08T07:21:29","slug":"pmx-kecam-penahanan-9-akvitis-malaysia-dalam-misi-kemanusiaan-ke-gaza","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-kecam-penahanan-9-akvitis-malaysia-dalam-misi-kemanusiaan-ke-gaza\/","title":{"rendered":"PMX kecam penahanan 9 akvitis Malaysia dalam misi kemanusiaan ke Gaza"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang memintas dan menahan kapal misi kemanusiaan antarabangsa, sekali gus mengakibatkan sembilan rakyat Malaysia kini ditahan oleh tentera berkenaan.<\/p>\n<p>Insiden tersebut berlaku pada jam 10.50 pagi waktu Malaysia, apabila kapal-kapal di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleins To Gaza (TMTG) telah dihalang secara tidak sah di perairan antarabangsa.<\/p>\n<p>Kesemua lapan aktivis Malaysia yang menaiki kapal \u2018Conscience\u2019 telah ditahan.<\/p>\n<p>Mereka ialah Ketua Misi, Prof Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr. Fauziah Hassan, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ili Syakirah Mohd Suhaimi, wartawan Syafik Shukri Abdul Jalil, Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh, Dr. Noorhasyimah Ismail, dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.<\/p>\n<p>Seorang lagi rakyat Malaysia, Dr. Maziah Muhammad, yang menaiki kapal \u2018Umm Saad\u2019 turut ditahan.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan tindakan menahan kapal yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza yang menderita ini adalah satu pencabulan undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan sejagat.<\/p>\n<p>\u201cSaya menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya, dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan,\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p>Beliau juga memberikan jaminan penuh komitmen Kerajaan Madani untuk melindungi semua aktivis negara yang ditahan regim tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Madani akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini, dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Misi kemanusiaan gelombang ketiga ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara, dengan pertubuhan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.<\/p>\n<p>Usaha diplomatik segera sedang giat dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kebebasan semua individu yang ditahan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang memintas dan menahan kapal misi kemanusiaan antarabangsa, sekali gus mengakibatkan sembilan rakyat Malaysia kini ditahan oleh tentera berkenaan. Insiden tersebut berlaku pada jam 10.50 pagi waktu Malaysia, apabila kapal-kapal di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleins To Gaza (TMTG) telah dihalang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4024,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1778,13,1993,329,38,985,1715],"authors":[],"class_list":["post-4023","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aktivis","tag-anwar","tag-freedom-flotilla-coalition","tag-gaza","tag-malaysia","tag-palestin","tag-regim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4023","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4023"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4023\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4025,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4023\/revisions\/4025"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4024"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4023"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4023"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4023"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4023"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}