{"id":4026,"date":"2025-10-08T06:21:02","date_gmt":"2025-10-08T06:21:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4026"},"modified":"2025-10-08T06:21:02","modified_gmt":"2025-10-08T06:21:02","slug":"budi95-hanya-34-aduan-diterima-kpdn-nafi-isu-sistem-bermasalah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/budi95-hanya-34-aduan-diterima-kpdn-nafi-isu-sistem-bermasalah\/","title":{"rendered":"BUDI95: Hanya 34 aduan diterima, KPDN nafi isu sistem bermasalah"},"content":{"rendered":"<p>Sejak pelaksanaan inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95), hanya 34 aduan telah direkodkan setakat ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).<\/p>\n<p>Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, menjelaskan angka yang sedikit ini membuktikan bahawa sistem tersebut tidak mengalami masalah yang serius seperti yang didakwa sesetengah pihak.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sebarang gangguan yang dilaporkan kebanyakannya adalah isu \u2018glitch\u2019 sementara atau \u2018system down\u2019 yang telah ditangani dengan segera.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah aduan yang kita terima itu memang tak ada masalah. Sikit sangat iaitu glitch ataupun down. Tapi (semua masalah itu) ada jawapan-jawapan ataupun solusinya,\u201d jelas Fuziah ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada pagi Selasa.<\/p>\n<p>Beliau memberikan penjelasan lanjut mengenai mekanisme penyelesaian yang telah disediakan.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan sistem down, pengguna boleh masuk ke dalam, pergi ke kaunter, di kaunter disediakan sistem terminal Sara di mana sistem itu boleh terus check IC dan dia terus disambungkan ke sistem MOF,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Bagi kes gangguan sistem, Fuziah menambah stesen minyak telah memulangkan semula perbezaan harga antara kadar subsidi dan harga pasaran kepada pengguna yang terjejas.<\/p>\n<p>Skim BUDI95 yang berkuat kuasa pada 30 September lalu membenarkan pemegang lesen memandu sah membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan had 300 liter sebulan.<\/p>\n<p>Fuziah turut menyampaikan penghargaan kepada syarikat minyak dan stesen-stesen minyak yang mengambil inisiatif memperkenalkan sistem mesra pengguna.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini pihak syarikat minyak dan stesen-stesen minyak mengambil tindakan dan tanggungjawab yang besar untuk memastikan bahawa sebaik-baiknya setiap pengguna itu tidak terbeban,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan sistem semasa membolehkan pengguna mengimbas MyKad terus di pam minyak atau di dalam stesen, sekali gus memudahkan urus niaga dan memastikan bantuan subsidi sampai kepada sasaran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sejak pelaksanaan inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95), hanya 34 aduan telah direkodkan setakat ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, menjelaskan angka yang sedikit ini membuktikan bahawa sistem tersebut tidak mengalami masalah yang serius seperti yang didakwa sesetengah pihak. Beliau berkata, sebarang gangguan yang dilaporkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1798,1460,428,76,216],"authors":[],"class_list":["post-4026","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-budi95","tag-fuziah-salleh","tag-kpdn","tag-petrol","tag-sistem"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4026","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4026"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4026\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4027,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4026\/revisions\/4027"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4026"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4026"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4026"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4026"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}