{"id":4035,"date":"2025-10-08T07:40:40","date_gmt":"2025-10-08T07:40:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4035"},"modified":"2025-10-08T07:41:29","modified_gmt":"2025-10-08T07:41:29","slug":"mandi-champagne-pas-tegur-ceo-petronas-islam-tak-ajar-umat-normalisasi-maksiat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mandi-champagne-pas-tegur-ceo-petronas-islam-tak-ajar-umat-normalisasi-maksiat\/","title":{"rendered":"Mandi champagne: PAS tegur CEO Petronas, Islam tak ajar umat normalisasi maksiat"},"content":{"rendered":"<p>PAS menegaskan Islam tidak mengajar penganutnya untuk menormalisasi maksiat dengan alasan mengikut budaya antarabangsa.<\/p>\n<p>Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari memberi teguran sebagai respons kenyataan bekas pemimpin DAP, Teng Chang Khim yang menggesa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, tidak perlu memohon maaf dalam isu \u2018mandi champagne\u2019 semasa sambutan kemenangan pasukan Formula Satu.<\/p>\n<p>Fadhli berkata terpanggil untuk membetulkan hujah yang disifatkannya sebagai songsang.<\/p>\n<p>\u201cIslam tidak mengajar penganutnya menormalisasi maksiat atas alasan \u2018budaya antarabangsa\u2019,\u201d tegas Ahli Parlimen Pasir Mas.<\/p>\n<p>Jelas Fadhli lagi, ajaran Islam menegaskan arak bukan sekadar minuman yang diharamkan, malah semua bentuk keterlibatan dengannya adalah berdosa.<\/p>\n<p>\u201cPerhatikan betul-betul, Baginda tidak berkata \u2018kalau tak minum tak mengapa\u2019, tapi baginda melarang sekadar duduk sekali pun dalam suasana arak dihidangkan. Itu bukan \u2018terlalu sensitif\u2019, tetapi itulah tanda iman dan penjagaan maruah akidah,\u201d kata Fadhli.<\/p>\n<p>\u201cKalau larangan duduk pun sudah jelas, apatah lagi kalau bertepuk tangan di bawah pancuran \u2018champagne\u2019 sambil tersenyum bangga atas alasan \u2018sukan antarabangsa\u2019,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Fadhli berkata keberadaban seorang Muslim diukur pada akhlak dan prinsipnya, bukan pada sejauh mana dia menyesuaikan diri dengan budaya Barat.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Chang Khim dalam catatan Facebooknya berpendapat Tengku Muhammad Taufik tidak melakukan kesalahan kerana tidak meminum arak tersebut.<\/p>\n<p>\u201cApa yang diharamkan oleh agama rasmi kita adalah mengambil minuman beralkohol oleh penganutnya. Oleh itu, selagi Tengku Taufiq tidak minum champagne, tidak ada apa-apa yang telah disalah lakukan oleh beliau,\u201d ujar Chang Kim.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menegaskan Islam tidak mengajar penganutnya untuk menormalisasi maksiat dengan alasan mengikut budaya antarabangsa. Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari memberi teguran sebagai respons kenyataan bekas pemimpin DAP, Teng Chang Khim yang menggesa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, tidak perlu memohon maaf dalam isu \u2018mandi champagne\u2019 semasa sambutan kemenangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1131,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[724,389,1996,1982,126,1078,434,1981],"authors":[],"class_list":["post-4035","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-fadhli-shaari","tag-arak","tag-ceo","tag-f1","tag-pas","tag-penerangan","tag-petronas","tag-tengku-muhammad-taufik-tengku-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4035","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4035"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4035\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4037,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4035\/revisions\/4037"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1131"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4035"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4035"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4035"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4035"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}