{"id":4038,"date":"2025-10-08T07:47:28","date_gmt":"2025-10-08T07:47:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4038"},"modified":"2025-10-08T07:48:13","modified_gmt":"2025-10-08T07:48:13","slug":"majikan-ditegah-guna-subsidi-budi95-isi-petrol-kenderaan-syarikat-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/majikan-ditegah-guna-subsidi-budi95-isi-petrol-kenderaan-syarikat-fahmi\/","title":{"rendered":"Majikan ditegah guna subsidi BUDI95 isi petrol kenderaan syarikat: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Majikan diberi amarah agar tidak menyalahgunakan inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) dengan mengarahkan pekerja mengisi minyak kenderaan syarikat menggunakan akaun peribadi mereka.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perbuatan tersebut adalah menyalahi peraturan dan tindakan tegas akan diambil dan menyeru mana-mana pekerja yang diarahkan berbuat sedemikian untuk segera membuat laporan.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin tegaskan, jika ada mana-mana pekerja yang diarahkan oleh syarikat untuk mengisi kenderaan milik syarikat menggunakan akaun BUDI95 sendiri, itu salah.<\/p>\n<p>\u201cMereka boleh buat laporan kepada pihak KPDN atau maklumkan kepada pihak berwibawa untuk tindakan,\u201d tegas Fahmi pada sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata baru-baru ini tular susulan satu video yang memaparkan aduan seorang pekerja syarikat penghantaran yang didakwa diminta berbuat demikian.<\/p>\n<p>Fahmi memaklumkan syarikat terbabit, Flash Express, telah dihubungi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).<\/p>\n<p>\u201cHasilnya, CEO Flash Express mengakui bahawa individu dalam video tersebut adalah pekerja mereka. Pekerja terbabit juga telah memadam kandungan berkenaan dan memohon maaf kepada pihak syarikat,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Fahmi turut memaklumkan sudah berhubung dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk meneliti isu ini secara menyeluruh dan perbincangan bersama Persatuan Penghantar Malaysia (AMAC) juga akan diadakan bagi mencari penyelesaian muktamad.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan perbezaan kelayakan dalam industri ini. \u201c<\/p>\n<p>Bagi pekerja tetap, syarikat wajib menyediakan kenderaan serta menanggung kos petrol untuk tugasan rasmi.<\/p>\n<p>\u201cNamun bagi pekerja gig, mereka menggunakan kenderaan sendiri dan layak menerima manfaat BUDI95,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sebagai langkah penyelesaian, MOF dikatakan sedang meneliti kemungkinan untuk memasukkan pekerja gig sektor penghantaran sebagai penerima tambahan kuota subsidi BUDI95.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan sedang melihat semua sudut supaya pelaksanaan subsidi ini benar-benar sampai kepada yang layak dan tidak menindas mana-mana pihak,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Majikan diberi amarah agar tidak menyalahgunakan inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) dengan mengarahkan pekerja mengisi minyak kenderaan syarikat menggunakan akaun peribadi mereka. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perbuatan tersebut adalah menyalahi peraturan dan tindakan tegas akan diambil dan menyeru mana-mana pekerja yang diarahkan berbuat sedemikian untuk segera membuat laporan. \u201cSaya ingin tegaskan, jika [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1798,49,1997,482,76,555],"authors":[],"class_list":["post-4038","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-budi95","tag-fahmi-fadzil","tag-majikan","tag-mof","tag-petrol","tag-ron95"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4038","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4038"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4038\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4039,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4038\/revisions\/4039"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4038"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4038"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4038"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4038"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}