{"id":4044,"date":"2025-10-08T13:08:43","date_gmt":"2025-10-08T13:08:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4044"},"modified":"2025-10-08T13:08:43","modified_gmt":"2025-10-08T13:08:43","slug":"umat-islam-jangan-normalisasikan-budaya-berkaitan-arak-mohd-naim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umat-islam-jangan-normalisasikan-budaya-berkaitan-arak-mohd-naim\/","title":{"rendered":"Umat Islam jangan normalisasikan budaya berkaitan arak: Mohd Na\u2019im"},"content":{"rendered":"<p>Umat Islam diingatkan agar tidak menormalisasikan sebarang bentuk budaya yang berkaitan dengan arak dalam mana-mana acara.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na\u2019im Mokhtar menekankan umat Islam perlu lebih peka mengenai perkara itu memandangkan arak dan segala bentuk penglibatan dengannya adalah jelas haram di sisi agama.<\/p>\n<p>Mohd Na\u2019im mengulas insiden semburan arak meraikan kemenangan pasukan Formula One di Grand Prix Singapura, baru-baru ini yang mendapat perhatian umum.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa dari sudut hukum mengenai arak ini adalah jelas. Sudah tentu dalam keadaan semasa ini, kita tidak mahu arak ini dinormalisasikan. Jadi, kena tahu mana yang boleh dan mana yang tidak boleh,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mohd Na\u2019im terdahulu merasmikan Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Kebangsaan 2025 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, turut menyeru semua pihak agar merujuk kepada pihak berkuasa khususnya golongan agamawan, bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.<\/p>\n<p>Mohd Na\u2019im turut mengharapkan kefahaman daripada masyarakat bukan Islam mengenai sensitiviti umat Islam terhadap arak.<\/p>\n<p>\u201cNasihat saya khususnya kepada rakan-rakan yang beragama Islam untuk melihat kepada sensitiviti isu berkaitan dengan arak ini kerana sudah jelas hukumnya haram,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Walaupun minuman keras tiada halangan bagi bukan Islam, Mohd Na\u2019im berharap mereka dapat menghormati sensitiviti orang lain.<\/p>\n<p>\u201cPada rakan-rakan yang bukan beragama Islam pula, tidak ada halangan untuk mereka, tapi dalam konteks Islam, ia memang satu perkara yang telah diharamkan,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Justeru, katanya, saling memahami dan menghormati sensitiviti agama serta budaya antara satu sama lain adalah asas penting ke arah pembentukan sebuah negara Madani yang aman dan damai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Umat Islam diingatkan agar tidak menormalisasikan sebarang bentuk budaya yang berkaitan dengan arak dalam mana-mana acara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na\u2019im Mokhtar menekankan umat Islam perlu lebih peka mengenai perkara itu memandangkan arak dan segala bentuk penglibatan dengannya adalah jelas haram di sisi agama. Mohd Na\u2019im mengulas insiden semburan arak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1260,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1681,389,1982,1288,205,576],"authors":[],"class_list":["post-4044","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agama","tag-arak","tag-f1","tag-isu","tag-menteri","tag-mohd-naim-mokhtar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4044","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4044"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4044\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4045,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4044\/revisions\/4045"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1260"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4044"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4044"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4044"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4044"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}