{"id":4066,"date":"2025-10-09T03:45:57","date_gmt":"2025-10-09T03:45:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4066"},"modified":"2025-10-09T03:45:57","modified_gmt":"2025-10-09T03:45:57","slug":"menteri-pelancongan-kesal-kekeliruan-dan-salah-faham-dalam-isu-sajian-arak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/menteri-pelancongan-kesal-kekeliruan-dan-salah-faham-dalam-isu-sajian-arak\/","title":{"rendered":"Menteri Pelancongan kesal kekeliruan dan salah faham dalam isu sajian arak"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, mengulangi permohonan maaf atas kekeliruan yang tercetus berikutan isu penghidangan arak dalam satu majlis jamuan makan malam bersama penggiat pelancongan antarabangsa baru-baru ini.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan majlis tersebut sebagai inisiatif sepenuhnya pihak swasta bagi mempromosikan Malaysia dan bukannya acara rasmi kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya dan MOTAC menyesali sebarang kekeliruan dan salah faham yang menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSekali lagi, kesulitan amat dikesali,\u201d kata King Sing dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun).<\/p>\n<p>King Sing menjelaskan majlis yang dihadiri kira-kira 600 orang penggiat industri dari luar negara itu telah dianjurkan sepenuhnya oleh pihak swasta dan acara tersebut berjaya memeterai potensi jualan pelancongan bernilai RM100 juta.<\/p>\n<p>\u201cPenggiat pelancongan ambil alih cuma persiapan, ini tidak lagi jadi makan malam rasmi. Cuma logo kita,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Jelasnya lagi, majlis berkenaan tidak tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan 3\/2003 memandangkan ia bukan acara anjuran kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu pekeliling perkhidmatan 3\/2003 tidak terpakai,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Kenyataan ini disuarakan susulan amaran keras Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya memastikan kesilapan yang sama tidak berulang.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan alasan arak dihidangkan selepas acara rasmi tamat adalah tidak wajar, memandangkan dasar kerajaan secara tegas melarang penghidangan arak dalam sebarang acara rasmi.<\/p>\n<p>Walaupun kontroversi timbul, King Sing memaklumkan acara selama dua hari setengah yang dianjurkan oleh pihak industri itu berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta kepada negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, mengulangi permohonan maaf atas kekeliruan yang tercetus berikutan isu penghidangan arak dalam satu majlis jamuan makan malam bersama penggiat pelancongan antarabangsa baru-baru ini. Beliau menyifatkan majlis tersebut sebagai inisiatif sepenuhnya pihak swasta bagi mempromosikan Malaysia dan bukannya acara rasmi kerajaan. \u201cSaya dan MOTAC menyesali sebarang kekeliruan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3920,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[389,2009,1952,1975,2010,1938],"authors":[],"class_list":["post-4066","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-arak","tag-menteri-pelancongan","tag-motac","tag-sajian","tag-seni-dan-budaya","tag-tiong-king-sing"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4066","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4066"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4066\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4067,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4066\/revisions\/4067"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3920"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4066"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4066"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4066"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4066"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}