{"id":4068,"date":"2025-10-09T07:09:40","date_gmt":"2025-10-09T07:09:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4068"},"modified":"2025-10-09T07:09:40","modified_gmt":"2025-10-09T07:09:40","slug":"isu-pelekat-tulisan-hebrew-polis-melaka-rakam-keterangan-pesara-pemilik-kenderaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-pelekat-tulisan-hebrew-polis-melaka-rakam-keterangan-pesara-pemilik-kenderaan\/","title":{"rendered":"Isu pelekat tulisan Hebrew, Polis Melaka rakam keterangan pesara pemilik kenderaan"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pesara kerajaan berusia 59 tahun mengakui beliau yang memesan pelekat bertulisan Hebrew yang tular di media sosial sejak 13 tahun lalu, berikutan minat peribadinya terhadap tulisan-tulisan asing.<\/p>\n<p>Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, berkata siasatan mendapati lelaki itu telah menempah pelekat berkenaan di sebuah kedai di Selangor lebih sedekad yang lalu.<\/p>\n<p>\u201cDia pernah terlihat satu tulisan dalam bahasa Hebrew yang membawa maksud \u2018Israel Rumahku\u2019.<\/p>\n<p>\u201cKemudian, dia mengolah tulisan itu dengan menukarkan \u2018Israel\u2019 kepada \u2018Malaysia\u2019, menjadi \u2018Malizia Beiteinu\u2019 yang bermaksud \u2018Malaysia Rumahku\u2019,\u201d jelas Datuk Dzulkhairi pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata kenyataan pesara itu telah direkodkan, siasatan masih aktif bagi memastikan tiada unsur lain yang mencurigakan. Pandangan pakar bahasa juga akan diperoleh bagi tujuan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPesara ini telah membuat laporan polis selepas kenderaannya tular dan disedari oleh adiknya yang sering menggunakan kenderaan berkenaan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Ketua Polis turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang provokasi atau ulasan melampau di media sosial berhubung isu ini.<\/p>\n<p>Kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n<p>Isu tersebut mendapat perhatian apabila sebuah video menunjukkan kenderaan pacuan empat roda dipasang pelekat Hebrew yang didakwa membawa maksud sensitif, menjadi tular pada Selasa lalu.<\/p>\n<p>Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Madon, di Balai Polis Merlimau atas kebimbangan ia boleh menimbulkan provokasi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pesara kerajaan berusia 59 tahun mengakui beliau yang memesan pelekat bertulisan Hebrew yang tular di media sosial sejak 13 tahun lalu, berikutan minat peribadinya terhadap tulisan-tulisan asing. Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, berkata siasatan mendapati lelaki itu telah menempah pelekat berkenaan di sebuah kedai di Selangor lebih sedekad yang lalu. \u201cDia pernah terlihat satu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4069,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1989,1991,561,192,1990,2011,56],"authors":[],"class_list":["post-4068","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dzulkhairi-mukhtar","tag-hebrew","tag-laporan","tag-melaka","tag-pacuan-empat-roda","tag-polis-melaka","tag-tular"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4068","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4068"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4068\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4070,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4068\/revisions\/4070"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4069"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4068"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4068"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4068"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4068"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}