{"id":4071,"date":"2025-10-09T07:17:13","date_gmt":"2025-10-09T07:17:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4071"},"modified":"2025-10-09T07:17:13","modified_gmt":"2025-10-09T07:17:13","slug":"pertindihan-pembahagian-kerusi-ph-dengan-bn-grs-sangat-minimum-saifuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pertindihan-pembahagian-kerusi-ph-dengan-bn-grs-sangat-minimum-saifuddin\/","title":{"rendered":"Pertindihan pembahagian kerusi PH dengan BN, GRS sangat minimum: Saifuddin"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) mengesahkan proses rundingan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah kini berada di peringkat akhir.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail mengakui wujud sedikit pertindihan dalam agihan kerusi dengan rakan gabungan, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/p>\n<p>Menurut Saifuddin, isu pertindihan itu melibatkan jumlah yang sangat minimum dan butiran terperincinya akan diumumkan pada masa akan datang dalam satu sidang media khas dan menekankan situasi seumpama ini adalah perkara biasa dalam proses rundingan pembahagian kerusi.<\/p>\n<p>\u201cRundingan kerusi sudah hujung-hujung. Sikit sahaja lagi dan ini biasalah. Ada (pertindihan) tetapi sangat minimum,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen hari ini.<\/p>\n<p>Beliau juga memberitahu akan segera bertolak ke Sabah bagi meneruskan persiapan dan perbincangan terakhir menjelang PRN.<\/p>\n<p>\u201cSelepas (sidang media) ini saya akan bertolak ke Sabah untuk meneruskan persiapan, rundingan dan sebagainya,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>PRN17 Sabah diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Hajiji Noor, pada hari Isnin lalu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.<\/p>\n<p>Pilihan raya ini akan menyaksikan pertandingan bagi semua 73 kerusi DUN.<\/p>\n<p>Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 16 Oktober ini untuk menentukan tarikh-tarikh penting serta urusan pelaksanaan PRN17 Sabah dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) mengesahkan proses rundingan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah kini berada di peringkat akhir. Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail mengakui wujud sedikit pertindihan dalam agihan kerusi dengan rakan gabungan, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Menurut Saifuddin, isu pertindihan itu melibatkan jumlah yang sangat minimum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2056,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,151,100,347,103,102,20],"authors":[],"class_list":["post-4071","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-grs","tag-kerusi","tag-ph","tag-prn","tag-sabah","tag-saifuddin-nasution-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4071","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4071"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4071\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4072,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4071\/revisions\/4072"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2056"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4071"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4071"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4071"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4071"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}