{"id":4079,"date":"2025-10-09T07:47:31","date_gmt":"2025-10-09T07:47:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4079"},"modified":"2025-10-09T07:47:31","modified_gmt":"2025-10-09T07:47:31","slug":"pos-malaysia-lancar-jenama-baharu-fahmi-umum-penubuhan-dana-perkhidmatan-pos","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pos-malaysia-lancar-jenama-baharu-fahmi-umum-penubuhan-dana-perkhidmatan-pos\/","title":{"rendered":"Pos Malaysia lancar jenama baharu, Fahmi umum penubuhan Dana Perkhidmatan Pos"},"content":{"rendered":"<p>Sempena sambutan Hari Pos Sedunia, Pos Malaysia melangkah setapak lagi dalam landskap global dengan melancarkan jenama antarabangsa baharunya, Redly Pos Malaysia International, atau ringkasnya Redly.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dalam ucapannya berkata, pelancaran jenama baharu ini menyatukan semua perkhidmatan penghantaran dan pos antarabangsa di bawah satu identiti yang kukuh.<\/p>\n<p>\u201cIni akan menghubungkan pelanggan dan perniagaan Malaysia dengan dunia, membawa peluang global lebih dekat kepada rakyat,\u201d ujarnya semasa majlis peluncuran Redly Pos Malaysia International hari ini.<\/p>\n<p>Sebagai tanda sokongan berterusan kepada industri pos, Fahmi juga mengumumkan satu inisiatif besar kerajaan dengan menubuhkan Dana Perkhidmatan Pos dengan dana bernilai RM50 juta.<\/p>\n<p>\u201cSukacita saya umumkan kerajaan melalui MCMC sedang menubuhkan Dana Perkhidmatan Pos (Postal Service Fund) untuk memastikan kelestarian dan kesinambungan perkhidmatan pos di seluruh negara, terutama di kawasan luar bandar,\u201d jelas beliau lagi.<\/p>\n<p>Dana tersebut, yang merupakan inisiatif strategik, bertujuan menyokong transformasi sektor pos agar kekal relevan, mampan dan berdaya saing dalam era komunikasi dan e-dagang.<\/p>\n<p>Selaras dengan komitmen Malaysia sebagai anggota Kesatuan Pos Sedunia (UPU), MCMC sedang memuktamadkan proses untuk menyalurkan pembiayaan kewangan permulaan sebanyak RM50 juta.<\/p>\n<p>\u201cPenyaluran dana pendahuluan RM50 juta ini adalah bagi mengekalkan penyediaan perkhidmatan pos asas kepada rakyat tanpa gangguan,\u201d tambah Fahmi.<\/p>\n<p>Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua warga kerja Pos Malaysia atas dedikasi mereka.<\/p>\n<p>\u201cBermula dari posmen yang menempuh segala keadaan cuaca untuk memastikan penghantaran tepat pada masanya, hinggalah kepada kakitangan di kaunter dan di pusat pengasingan \u2013 dedikasi anda tidak akan dilupakan. Anda adalah wira yang tidak didendang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sempena sambutan Hari Pos Sedunia, Pos Malaysia melangkah setapak lagi dalam landskap global dengan melancarkan jenama antarabangsa baharunya, Redly Pos Malaysia International, atau ringkasnya Redly. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dalam ucapannya berkata, pelancaran jenama baharu ini menyatukan semua perkhidmatan penghantaran dan pos antarabangsa di bawah satu identiti yang kukuh. \u201cIni akan menghubungkan pelanggan dan perniagaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2016,112,184,38,16,2015],"authors":[],"class_list":["post-4079","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dana-perkhidmatan-pos","tag-fahmi","tag-komunikasi","tag-malaysia","tag-mcmc","tag-pos"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4079","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4079"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4079\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4081,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4079\/revisions\/4081"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4079"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4079"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4079"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4079"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}