{"id":4082,"date":"2025-10-09T10:08:49","date_gmt":"2025-10-09T10:08:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4082"},"modified":"2025-10-09T10:11:33","modified_gmt":"2025-10-09T10:11:33","slug":"pengambilan-tanah-kg-sungai-baru-dibuat-secara-tergesa-gesa-pentadbiran-terdahulu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pengambilan-tanah-kg-sungai-baru-dibuat-secara-tergesa-gesa-pentadbiran-terdahulu\/","title":{"rendered":"Pengambilan tanah Kg Sungai Baru dibuat secara tergesa-gesa pentadbiran terdahulu"},"content":{"rendered":"<p>Proses pengambilan tanah bagi pembangunan semula Kampung Sungai Baru pada 2021 didedahkan telah dilakukan dengan begitu pantas, iaitu hanya dalam tempoh tiga hari.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mendedahkan keputusan muktamad untuk meluluskan pewartaan tanah itu mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat dalam tempoh yang sangat singkat hingga menyebabkan semua tanah terbabit, termasuk kediaman flat dan lot teres, menjadi hak milik pemaju.<\/p>\n<p>\u201cPewartaan bagi Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta 486 dilaksanakan pada 18 dan 21 Jun 2021, dalam tempoh tiga hari sahaja, iaitu Jumaat, Sabtu, dan Ahad,\u201d jelas Dr Zaliha semasa sesi penerangan Hala Tuju Pembangunan Kampung Baru di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan permohonan pemaju telah dipertimbangkan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet KWP yang dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada masa itu, Annuar Musa, pada September 2020.<\/p>\n<p>Syor daripada mesyuarat itu kemudiannya dibawa ke Jawatankuasa Kerja Tanah Kuala Lumpur dan diluluskan pada April 2021.<\/p>\n<p>Dr Zaliha turut menjelaskan penggunaan akta tersebut ke atas penduduk yang tidak bersetuju adalah disebabkan ketiadaan dasar nilai ambang persetujuan di peringkat Wilayah Persekutuan pada tahun 2020.<\/p>\n<p>\u201cKWP hanya pada 2021, menetapkan nilai ambang persetujuan sekurang-kurangnya 50 peratus sahaja,\u201d katanya merujuk kepada Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Mengenai isu pampasan, beliau menasihati penduduk yang tidak berpuas hati untuk menggunakan saluran undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cKita menghormati apa-apa keputusan mahkamah. Jika mahkamah memutuskan pemaju perlu menaikkan nilai pampasan, pemaju perlu laksanakannya,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, Dr Zaliha menegaskan proses perbicaraan tidak sepatutnya menghalang pembangunan Kampung Sungai Baru untuk diteruskan, sambil berharap kos penyelenggaraan kelak tidak membebankan penduduk yang akan kembali ke penempatan baharu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Proses pengambilan tanah bagi pembangunan semula Kampung Sungai Baru pada 2021 didedahkan telah dilakukan dengan begitu pantas, iaitu hanya dalam tempoh tiga hari. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mendedahkan keputusan muktamad untuk meluluskan pewartaan tanah itu mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat dalam tempoh yang sangat singkat hingga menyebabkan semua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2320,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[433,1658,2017,2018,1728,1699,137],"authors":[],"class_list":["post-4082","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-annuar-musa","tag-kampung-sungai-baru","tag-kelulusan","tag-kementerian-wilayah","tag-pengambilan","tag-tanah","tag-zaliha-mustafa"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4082","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4082"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4082\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4084,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4082\/revisions\/4084"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2320"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4082"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4082"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4082"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4082"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}