{"id":4090,"date":"2025-10-10T03:40:34","date_gmt":"2025-10-10T03:40:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4090"},"modified":"2025-10-10T03:40:34","modified_gmt":"2025-10-10T03:40:34","slug":"ruu-pendanaan-politik-masih-dalam-kajian-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ruu-pendanaan-politik-masih-dalam-kajian-azalina\/","title":{"rendered":"RUU Pendanaan Politik masih dalam kajian: Azalina"},"content":{"rendered":"<p>Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik masih berada di peringkat kajian yang mendalam dan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum dibentangkan.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, memaklumkan parameter dasar bagi rang undang-undang tersebut masih diteliti.<\/p>\n<p>\u201cParameter dasar bagi RUU Pendanaan Politik masih dalam peringkat penelitian dan ia akan dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk pertimbangan,\u201d jelas Azalina dalam satu jawapan bertulis di laman web Parlimen.<\/p>\n<p>Proses pembangunan rang undang-undang ini melibatkan libat urus yang meluas.<\/p>\n<p>Setakat ini, sebanyak 18 sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan telah diadakan, melibatkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Sesi-sesi tersebut telah menyertakan wakil-wakil parti politik, Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK), dewan perdagangan, persatuan perniagaan, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan belia.<\/p>\n<p>\u201cPelaksanaan sesi libat urus di peringkat negeri akan diteruskan bagi mendapatkan pandangan dan input daripada akar umbi terhadap cadangan dasar undang-undang ini,\u201d tambah Azalina.<\/p>\n<p>Maklum balas yang diterima setakat ini merangkumi pelbagai aspek seperti cadangan pendanaan awam kepada parti politik, kewajipan mendedahkan laporan kewangan kepada umum, had sumbangan, serta kategori penderma yang dibenarkan dan dilarang.<\/p>\n<p>Di samping itu, satu kajian persepsi umum mengenai RUU ini sedang giat dijalankan oleh satu pasukan pengkaji yang dianggotai ahli akademik dari universiti awam, diketuai oleh penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), serta wakil NGO dan organisasi masyarakat sivil (CSO).<\/p>\n<p>Kajian yang dijangka siap pada Disember ini dijadualkan berlangsung selama empat bulan.<\/p>\n<p>RUU Pendanaan Politik digubal bagi menangani risiko rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan ahli politik.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik masih berada di peringkat kajian yang mendalam dan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum dibentangkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, memaklumkan parameter dasar bagi rang undang-undang tersebut masih diteliti. \u201cParameter dasar bagi RUU Pendanaan Politik masih dalam peringkat penelitian dan ia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[403,659,309,2020,310],"authors":[],"class_list":["post-4090","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azalina","tag-kajian","tag-parlimen","tag-pendaan-politik","tag-ruu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4090","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4090"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4090\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4092,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4090\/revisions\/4092"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4090"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4090"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4090"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4090"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}