{"id":4095,"date":"2025-10-10T07:56:55","date_gmt":"2025-10-10T07:56:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4095"},"modified":"2025-10-10T07:56:55","modified_gmt":"2025-10-10T07:56:55","slug":"parlimen-usul-bincang-isu-denda-fifa-terhadap-fam-ditolak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/parlimen-usul-bincang-isu-denda-fifa-terhadap-fam-ditolak\/","title":{"rendered":"Parlimen: Usul bincang isu denda FIFA terhadap FAM ditolak"},"content":{"rendered":"<p>Dewan Rakyat menolak usul bagi membahaskan isu denda besar yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan, dengan alasan perkara itu telah dijawab oleh kementerian.<\/p>\n<p>Usul tergempar itu, yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin pada 7 Oktober, ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, menerusi surat bertarikh 9 Oktober.<\/p>\n<p>Dalam suratnya, Johari memaklumkan bahawa penolakan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18(7)(b) kerana isu tersebut telah dijawab oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, semasa sesi soal jawab menteri sehari sebelumnya.<\/p>\n<p>Dalam usul tersebut, hukuman tersebutmembangkitkan isu serius mengenai ketelusan tadbir urus sukan dan proses naturalisasi atlet.<\/p>\n<p>Zhemin menggesa satu siasatan menyeluruh, termasuk kemungkinan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini menimbulkan persoalan serius mengenai ketelusan tadbir urus sukan negara, proses naturalisasi atlet, dan tahap pengawasan ke atas dokumen rasmi negara,\u201d katanya dalam usul.<\/p>\n<p>Beliau turut mendesak audit komprehensif ke atas semua kes naturalisasi atlet dan penambahbaikan prosedur pengesahan dokumen bagi mengelakkan insiden serupa berulang.<\/p>\n<p>Sebelum ini, FIFA mengenakan denda 350,000 franc Switzerland (RM1.9 juta) ke atas FAM dan denda 2,000 franc Switzerland (RM10,500) ke atas setiap tujuh pemain berkenaan, selaku menggantung mereka selama setahun kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA berhubung pemalsuan dokumen.<\/p>\n<p>Tujuh pemain terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui, dan Hector Alejandro Hevel Serrano.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Rakyat menolak usul bagi membahaskan isu denda besar yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan, dengan alasan perkara itu telah dijawab oleh kementerian. Usul tergempar itu, yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin pada 7 Oktober, ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3719,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1773,947,1850,1849,309,810],"authors":[],"class_list":["post-4095","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-denda","tag-dewan-rakyat","tag-fam","tag-fifa","tag-parlimen","tag-usul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4095","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4095"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4095\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4096,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4095\/revisions\/4096"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3719"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4095"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4095"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4095"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4095"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}