{"id":4118,"date":"2025-10-10T12:15:43","date_gmt":"2025-10-10T12:15:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4118"},"modified":"2025-10-10T12:15:43","modified_gmt":"2025-10-10T12:15:43","slug":"reformasi-ekonomi-berhasil-penjimatan-kerajaan-dikembalikan-kepada-rakyat-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/reformasi-ekonomi-berhasil-penjimatan-kerajaan-dikembalikan-kepada-rakyat-fahmi\/","title":{"rendered":"Reformasi ekonomi berhasil, penjimatan kerajaan dikembalikan kepada rakyat: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kejayaan usaha reformasi kerajaan, termasuk pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel dan RON95, membuahkan hasil apabila penjimatan yang diperoleh disalurkan semula untuk manfaat rakyat melalui pelbagai program kebajikan dalam Belanjawan 2026.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan pendekatan urus tadbir yang baik dan pengurusan kewangan berhemah yang diamalkan kerajaan menjadi pemangkin kepada kemampuan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cDengan tata kelola dan urus tadbir yang baik termasuk mengurangkan ketirisan, mengelak pembaziran serta melaksanakan penyasaran semula subsidi, penjimatan-penjimatan ini akhirnya dapat dikembalikan kepada rakyat,\u201d katanya selepas pembentangan Belanjawan di Parlimen hari ini.<\/p>\n<p>Ujarnya lagi, inisiatif seperti kesinambungan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan awal persekolahan adalah bukti nyata manfaat tersebut sampai kepada mereka yang memerlukan.<\/p>\n<p>Fahmi turut menekankan peranan penting tindakan tegas penguat kuasa dalam memerangi kegiatan penyeludupan, yang menyumbang secara signifikan kepada penjimatan negara.<\/p>\n<p>\u201cSeperti yang disebut oleh Perdana Menteri, jumlah ketirisan akibat penyeludupan amat besar, mencecah RM15.5 bilion pada tahun lalu dan tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cSebahagian daripada penjimatan ini dipulangkan semula kepada rakyat melalui pelaksanaan pendidikan percuma kepada pelajar yang menepati kriteria tertentu di bawah PTPTN,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Dalam bidang komunikasi, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC) untuk projek penting Sambungan Kabel Dasar Laut Madani (SALAM).<\/p>\n<p>\u201cTujuannya adalah bagi menggantikan serta menambah baik kesalinghubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak,\u201d jelas Fahmi mengenai inisiatif yang akan menggantikan sistem kabel sedia ada.<\/p>\n<p>Peruntukan lain yang diketengahkan termasuk pembangunan \u2018sovereign cloud\u2019 oleh MCMC serta dana untuk penghasilan kandungan kreatif melalui MyCreative Ventures dan FINAS.<\/p>\n<p>Fahmi berkata akan meneliti teks penuh belanjawan untuk memahami sepenuhnya setiap perancangan yang diumumkan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kejayaan usaha reformasi kerajaan, termasuk pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel dan RON95, membuahkan hasil apabila penjimatan yang diperoleh disalurkan semula untuk manfaat rakyat melalui pelbagai program kebajikan dalam Belanjawan 2026. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan pendekatan urus tadbir yang baik dan pengurusan kewangan berhemah yang diamalkan kerajaan menjadi pemangkin kepada kemampuan tersebut. \u201cDengan tata kelola [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4119,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1217,68,49,690,16,495],"authors":[],"class_list":["post-4118","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-belanjawan-2026","tag-ekonomi","tag-fahmi-fadzil","tag-kementerian-komunikasi","tag-mcmc","tag-reformasi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4118","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4118"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4118\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4120,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4118\/revisions\/4120"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4119"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4118"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4118"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4118"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4118"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}