{"id":4132,"date":"2025-10-11T04:52:21","date_gmt":"2025-10-11T04:52:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4132"},"modified":"2025-10-11T04:52:21","modified_gmt":"2025-10-11T04:52:21","slug":"annuar-perlu-beri-penjelasan-dalam-isu-kelulusan-tanah-kg-sungai-baru-syed-badli-shah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/annuar-perlu-beri-penjelasan-dalam-isu-kelulusan-tanah-kg-sungai-baru-syed-badli-shah\/","title":{"rendered":"Annuar perlu beri penjelasan dalam isu kelulusan tanah Kg Sungai Baru: Syed Badli Shah"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, didesak memberi penjelasan segera berhubung kelulusan pewartaan tanah bagi projek pembangunan di Kampung Sungai Baru yang diluluskan semasa beliau memegang jawatan.<\/p>\n<p>Gesaan itu dikemukakan oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Syed Badli Shah Syed Osman, yang menegaskan proses pewartaan di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 itu telah diluluskan oleh Annuar sendiri.<\/p>\n<p>Beliau turut merujuk kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, yang sebelum ini mendedahkan proses pengambilan tanah pada tahun 2021 itu dilakukan secara tergesa-gesa dalam tempoh hanya tiga hari.<\/p>\n<p>\u201cBeliau (Annuar) perlu menjelaskan bagaimana pewartaan itu boleh diluluskan ketika zaman beliau berkuasa, terlebih lagi apabila mantan menteri wilayah selepas beliau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mempersoalkan kewajaran pewartaan itu diluluskan dalam tempoh singkat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, saya menggesa Annuar untuk tampil memberikan penjelasan penuh berkaitan isu Projek Pembangunan Sungai Baru dengan mengambil rasa tanggungjawab terhadap penduduk yang terjejas,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Mengenai cadangan Annuar untuk berbincang melalui satu platform audio siar, Syed Badli Shah menyifatkannya sebagai satu tindakan yang membuang masa.<\/p>\n<p>\u201cApa yang didedahkan oleh Dr Zaliha adalah berdasarkan fakta dan rekod kementerian.<\/p>\n<p>\u201cAnnuar sepatutnya tampil menjelaskan lebih awal lagi dan bukannya berdiam diri seperti seorang pengecut yang berselindung di sebalik watak-watak antagonis yang kononnya menyalahkan Kerajaan Madani,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Annuar sebelum ini dicatatkan mencabar Dr Zaliha untuk membincangkan isu tersebut sama ada melalui siaran audio atau dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, didesak memberi penjelasan segera berhubung kelulusan pewartaan tanah bagi projek pembangunan di Kampung Sungai Baru yang diluluskan semasa beliau memegang jawatan. Gesaan itu dikemukakan oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Syed Badli Shah Syed Osman, yang menegaskan proses pewartaan di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3488,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[433,1815,934,234,1699,2032],"authors":[],"class_list":["post-4132","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-annuar-musa","tag-kg-sungai-baru","tag-menteri-wilayah-persekutuan","tag-syed-badli-shah-syed-osman","tag-tanah","tag-warta"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4132","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4132"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4132\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4133,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4132\/revisions\/4133"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3488"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4132"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4132"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4132"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4132"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}