{"id":4134,"date":"2025-10-11T04:57:20","date_gmt":"2025-10-11T04:57:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4134"},"modified":"2025-10-11T04:58:27","modified_gmt":"2025-10-11T04:58:27","slug":"kenaikan-fi-konsultasi-doktor-kerajaan-pastikan-rakyat-tidak-terbeban","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kenaikan-fi-konsultasi-doktor-kerajaan-pastikan-rakyat-tidak-terbeban\/","title":{"rendered":"Kenaikan fi konsultasi doktor: Kerajaan pastikan rakyat tidak terbeban"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad, menegaskan kenaikan kadar fi perundingan pengamal perubatan am kepada antara RM10 dan RM80 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 tidak akan membebankan rakyat.<\/p>\n<p>Dr. Dzulkefly berkata sebaliknya, langkah ini dilihat sebagai galakan kepada doktor untuk memberikan khidmat yang lebih efisien dan bertanggungjawab dan menjelaskan kerajaan masih mempertahankan harga lantai pada RM1 bagi mengelakkan bebanan kepada orang ramai, dengan hanya menaikkan harga siling daripada RM35 kepada RM80.<\/p>\n<p>\u201cPengekalan harga lantai RM10 merupakan kelegaan besar kepada pesakit yang datang mendapatkan nasihat konsultasi melibatkan kes yang berbeza-beza,\u201d katanya semasa sidang media di Institut Kanser Negara (IKN) hari ini.<\/p>\n<p>Dr. Dzulkefly menjelaskan tempoh dan kerumitan rawatan akan menentukan kadar bayaran.<\/p>\n<p>\u201cKalau pengamal perubatan meluangkan masa 10 minit atau 40 minit, sudah tentu kadar bayaran yang dikenakan adalah berlainan.<\/p>\n<p>\u201cJika sekadar mendapatkan nasihat untuk batuk dan selsema, cajnya berbeza dengan mereka yang datang untuk penyakit seperti kencing manis yang memerlukan ujian air kencing,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Mengulas kebimbangan orang ramai, beliau mengakui sebarang perubahan polisi mempunyai kesan \u2018double edge\u2019 atau dua mata.<\/p>\n<p>Namun, beliau yakin kenaikan ini akan memberi ruang kepada doktor untuk meluangkan lebih masa dengan pesakit.<\/p>\n<p>\u201cDoktor perubatan am adalah tulang belakang kepada penjagaan kesihatan. Peningkatan kadar fi ini membuka ruang dan galakan kepada mereka untuk meluangkan lebih masa untuk mengetahui kondisi pesakit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga percaya rakyat akan memahami nilai perkhidmatan yang diberikan.<\/p>\n<p>\u201cRakyat tidak akan marah dan tidak kisah membayar lebih jika khidmat yang ditawarkan itu berpadanan dengan wang yang dikeluarkan,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Kenaikan ini, yang merupakan yang pertama dalam tempoh 19 tahun, diharap dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan primer tanpa menjejaskan aksesibiliti rakyat kepada rawatan asas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad, menegaskan kenaikan kadar fi perundingan pengamal perubatan am kepada antara RM10 dan RM80 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 tidak akan membebankan rakyat. Dr. Dzulkefly berkata sebaliknya, langkah ini dilihat sebagai galakan kepada doktor untuk memberikan khidmat yang lebih efisien dan bertanggungjawab dan menjelaskan kerajaan masih mempertahankan harga lantai pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1687,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1217,1018,989,2033,990,988],"authors":[],"class_list":["post-4134","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-belanjawan-2026","tag-doktor","tag-dr-dzulkefly-ahmad","tag-fi-perundingan","tag-kkm","tag-menteri-kesihatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4134","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4134"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4134\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4136,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4134\/revisions\/4136"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1687"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4134"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4134"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4134"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4134"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}