{"id":4141,"date":"2025-10-11T08:21:02","date_gmt":"2025-10-11T08:21:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4141"},"modified":"2025-10-11T08:21:02","modified_gmt":"2025-10-11T08:21:02","slug":"kerajaan-dapat-semula-rm15-5-bilion-hasil-negara-kerana-usaha-perang-rasuah-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-dapat-semula-rm15-5-bilion-hasil-negara-kerana-usaha-perang-rasuah-pmx\/","title":{"rendered":"Kerajaan dapat semula RM15.5 bilion hasil negara kerana usaha perang rasuah: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan penguatkuasaan tegas kerajaan telah berjaya mengembalikan hasil negara berjumlah RM15.5 bilion yang diseludup dan dicuri dalam tempoh dua tahun lalu.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memerangi rasuah, penyelewengan dan kegiatan kartel tanpa sebarang kompromi dengan memastikan tiada pihak, termasuk individu berpangkat tinggi, terlepas daripada tindakan undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cKita berjaya merampas wang yang dicuri dan diseludup melalui kegiatan jenayah berjumlah RM15.5 bilion, ini baru dua tahun.<\/p>\n<p>\u201cItu pun kerana saya tegas dan menegaskan kepada semua agensi penguat kuasa bahawa tiada kompromi terhadap rasuah, penyeludupan, sindiket dan kartel. Hapuskan mereka kerana mereka mencuri daripada rakyat,\u201d katanya semasa Program &#8216;Temu Anwar&#8217; Bersama Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) hari ini.<\/p>\n<p>\u201cDalam beberapa tahun yang saya ada ini, saya mahu, Insya-Allah, membersihkan kekusutan yang berlaku. Apa pun yang orang kata tidak menggugat saya, saya anggap itu adalah tanggungjawab kita,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Anwar berkata prinsip keadilan dan integriti mesti ditegakkan tanpa mengira kedudukan atau gelaran seseorang individu.<\/p>\n<p>\u201cKadangkala mereka bergelar Datuk, Datuk Seri, Tan Sri atau Tun, saya tidak peduli. Kamu boleh ada gelaran, tetapi jika mencuri, kita akan tangkap, dibicarakan di mahkamah dan jika didapati bersalah, kamu akan ke penjara,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut menyeru para belia dan pelajar agar menyokong perjuangan murni ini.<\/p>\n<p>\u201cItulah prinsipnya, dan golongan muda mesti memahami serta menyokong perjuangan ini. Bolehkah saya percayakan kamu untuk mendukungnya?\u201d soal Anwar dihadapan hadiri yang hadir.<\/p>\n<p>Usaha memerangi rasuah ini merupakan sebahagian daripada misi kerajaan untuk menjamin masa depan negara dan generasi muda.<\/p>\n<p>Anwar turut menekankan kepentingan pembangunan ilmu, teknologi dan pembentukan sahsiah yang seiring dengan nilai-nilai murni di bawah konsep Malaysia Madani.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan penguatkuasaan tegas kerajaan telah berjaya mengembalikan hasil negara berjumlah RM15.5 bilion yang diseludup dan dicuri dalam tempoh dua tahun lalu. Perdana Menteri menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memerangi rasuah, penyelewengan dan kegiatan kartel tanpa sebarang kompromi dengan memastikan tiada pihak, termasuk individu berpangkat tinggi, terlepas daripada tindakan undang-undang. \u201cKita berjaya merampas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":283,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1359,285,18,24,21],"authors":[],"class_list":["post-4141","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-belanjawan","tag-madani","tag-pmx","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4141","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4141"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4141\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4142,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4141\/revisions\/4142"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4141"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4141"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4141"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4141"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}