{"id":4145,"date":"2025-10-12T04:20:54","date_gmt":"2025-10-12T04:20:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4145"},"modified":"2025-10-12T04:20:54","modified_gmt":"2025-10-12T04:20:54","slug":"mcmc-akan-ambil-tindakan-pihak-sebar-video-kes-rogol-pelajar-di-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-akan-ambil-tindakan-pihak-sebar-video-kes-rogol-pelajar-di-melaka\/","title":{"rendered":"MCMC akan ambil tindakan pihak sebar video kes rogol pelajar di Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil berat berkenaan laporan penyebaran rakaman video satu kes salah laku seksual yang melibatkan beberapa orang pelajar di sebuah sekolah di Melaka.<\/p>\n<p>MCMC dalam satu kenyataan menegaskan, pihak media digesa melaporkan insiden sensitif ini secara beretika dan bertanggungjawab.<\/p>\n<p>\u201cMedia diingatkan agar tidak menyiarkan sebarang kandungan sensasi yang boleh menjejaskan siasatan berterusan atau menimbulkan tekanan emosi terhadap mangsa yang terlibat,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Tumpuan juga diberikan kepada perlindungan identiti mangsa.<\/p>\n<p>Pengamal media diperingatkan supaya tidak mendedahkan maklumat sensitif yang boleh menyebabkan mangsa dikenali, selaras dengan peruntukan undang-undang dalam Akta Kanak-Kanak 2001.<\/p>\n<p>\u201cTindakan menyebar atau mengedarkan video berkenaan melalui platform dalam talian adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,\u201d jelas kenyataan MCMC.<\/p>\n<p>Bagi menangani isu ini, MCMC memaklumkan mereka sedang bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penyedia perkhidmatan untuk memantau dan menurunkan sebarang kandungan berkenaan daripada media sosial.<\/p>\n<p>Kerjasama ini penting bagi memastikan siasatan polis tidak terganggu dan mangsa mendapat perlindungan sewajarnya.<\/p>\n<p>MCMC mengulangi gesaan kepada semua pihak agar prihatin dan bertanggungjawab dalam menangani isu ini bagi memelihara kepentingan dan kesejahteraan mangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil berat berkenaan laporan penyebaran rakaman video satu kes salah laku seksual yang melibatkan beberapa orang pelajar di sebuah sekolah di Melaka. MCMC dalam satu kenyataan menegaskan, pihak media digesa melaporkan insiden sensitif ini secara beretika dan bertanggungjawab. \u201cMedia diingatkan agar tidak menyiarkan sebarang kandungan sensasi yang boleh menjejaskan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1066,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2040,16,192,43,773,2041],"authors":[],"class_list":["post-4145","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kes-rogol","tag-mcmc","tag-melaka","tag-pdrm","tag-pelajar","tag-seksyen-233-akta-komunikasi-dan-multimedia-1998"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4145"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4145\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4146,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4145\/revisions\/4146"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4145"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}