{"id":4162,"date":"2025-10-12T07:47:11","date_gmt":"2025-10-12T07:47:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4162"},"modified":"2025-10-12T07:47:11","modified_gmt":"2025-10-12T07:47:11","slug":"kes-mahkamah-bicara-kes-rasuah-guan-eng-bersambung-pada-selasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-mahkamah-bicara-kes-rasuah-guan-eng-bersambung-pada-selasa\/","title":{"rendered":"Kes mahkamah: Bicara kes rasuah Guan Eng bersambung pada Selasa"},"content":{"rendered":"<p>Perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, akan disambung pada Selasa ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Sesi perbicaraan akan menyaksikan ahli perniagaan, G. Gnanaraja, 44, bakal menyambung keterangan di bawah soal balas pihak pembelaan di hadapan Hakim Azura Alwi.<\/p>\n<p>Beliau merupakan salah seorang saksi penting bagi pihak pendakwaan dalam kes yang berkaitan dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang itu.<\/p>\n<p>Dalam keterangan sebelumnya, Gnanaraja mengaku berkhidmat untuk Guan Eng dengan menubuhkan syarikat Bumi Muhibah Capital Sdn. Bhd. serta membuka akaun bank atas permintaan bekas Ketua Menteri tersebut pada tahun 2016.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan syarikat itu bertindak sebagai &#8220;pengeluar wang tunggal&#8221; untuk memenuhi permintaan Guan Eng berkaitan penyaluran wang hampir RM30 juta.<\/p>\n<p>Namun, ketika disoal balas oleh peguam pembela, Ramkarpal Singh, Gnanaraja menegaskan bahawa beliau tidak membenarkan syarikatnya digunakan untuk melakukan sebarang kesalahan.<\/p>\n<p>\u201cSaya berkhidmat untuk Ketua Menteri dan perlu melaksanakannya,\u201d kata Gnanaraja merujuk kepada arahan yang diterimanya.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dilantik melaksanakan projek itu.<\/p>\n<p>Kesalahan didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Bagi pertuduhan pindaan kedua, beliau didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat miliknya dilantik untuk projek sama.<\/p>\n<p>Kesalahan didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.<\/p>\n<p>Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, akan disambung pada Selasa ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Sesi perbicaraan akan menyaksikan ahli perniagaan, G. Gnanaraja, 44, bakal menyambung keterangan di bawah soal balas pihak pembelaan di hadapan Hakim Azura Alwi. Beliau merupakan salah seorang saksi penting bagi pihak pendakwaan dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2565,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2047,63,314,79,58,67,24,81],"authors":[],"class_list":["post-4162","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bicara","tag-dap","tag-kes","tag-lim-guan-eng","tag-mahkamah","tag-pulau-pinang","tag-rasuah","tag-terowong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4162","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4162"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4162\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4163,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4162\/revisions\/4163"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2565"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4162"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4162"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4162"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4162"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}