{"id":4164,"date":"2025-10-12T11:54:23","date_gmt":"2025-10-12T11:54:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4164"},"modified":"2025-10-12T14:32:50","modified_gmt":"2025-10-12T14:32:50","slug":"polis-buka-kertas-siasatan-isu-tular-kibar-bendera-regim-di-kelantan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-buka-kertas-siasatan-isu-tular-kibar-bendera-regim-di-kelantan\/","title":{"rendered":"Polis buka kertas siasatan isu tular kibar bendera regim di Kelantan"},"content":{"rendered":"<p>Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung insiden pengibaran bendera Israel dalam Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza yang berlangsung di Lembah Sireh, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusuff Mamat, mengesahkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan akan mengambil keterangan daripada penganjur program berkenaan dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>&#8220;Kita akan siasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949,&#8221; tegas beliau.<\/p>\n<p>Tindakan penganjur, Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia, mengibarkan bendera Israel itu telah mendapat kritikan, memandangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.<\/p>\n<p>Sebagai balasan, penganjur menjelaskan pengibaran bendera itu adalah semata-mata untuk tujuan lakonan semula atau simulasi.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan penganjur, ia bertujuan untuk melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), dan bendera tersebut hanya dikibarkan di atas pentas terapung bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada para pengunjung tentang situasi sebenar.<\/p>\n<p>Pengarah program, Mohd Khairul Hafiz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan beliau telah menerima panggilan daripada pihak polis, namun enggan memberikan ulasan lanjut.<\/p>\n<p>Program solidariti tersebut, yang disertai hampir 10,000 peserta dan 1,000 bot, pada asalnya bertujuan menunjukkan sokongan terhadap penduduk Gaza.<\/p>\n<p>Bot-bot berkenaan berarak sejauh lapan kilometer dari Kampung Pulau Pisang ke Lembah Sireh, sambil dikibarkan bendera Palestin sebagai simbolik perpaduan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung insiden pengibaran bendera Israel dalam Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza yang berlangsung di Lembah Sireh, baru-baru ini. Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusuff Mamat, mengesahkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan akan mengambil keterangan daripada penganjur program berkenaan dalam masa terdekat. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":394,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1908,925,2048,43,1715,23,1684],"authors":[],"class_list":["post-4164","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bot","tag-kelantan","tag-kibar","tag-pdrm","tag-regim","tag-siasatan","tag-zionis"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4164","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4164"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4164\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4165,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4164\/revisions\/4165"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4164"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}