{"id":4174,"date":"2025-10-13T02:22:59","date_gmt":"2025-10-13T02:22:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4174"},"modified":"2025-10-13T02:22:59","modified_gmt":"2025-10-13T02:22:59","slug":"vigneswaran-tak-tahu-siapa-pemimpin-mic-yang-zahid-jumpa-jadi-bingung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/vigneswaran-tak-tahu-siapa-pemimpin-mic-yang-zahid-jumpa-jadi-bingung\/","title":{"rendered":"Vigneswaran tak tahu siapa pemimpin MIC yang Zahid jumpa, jadi \u2018bingung\u2019"},"content":{"rendered":"<p>SA Vigneswaran, menyangkal kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, yang mendakwa telah menemui pemimpin MIC beberapa kali minggu lepas bagi membincangkan masa depan parti itu dalam gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Presiden MIC menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai sesuatu yang mengejutkan dan \u201cbingung\u201d kerana menurutnya pertemuan terakhir dengan Presiden UMNO itu atas kapasiti sebagai Presiden MIC adalah kira-kira dua tahun yang lalu.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga pernah bertemunya kira-kira tiga bulan lepas, ketika menghadiri satu mesyuarat perpaduan nasional yang turut dihadirinya,\u201d jelas Vigneswaran, sambil menafikan adanya sebarang pertemuan untuk membincangkan kedudukan MIC dalam BN.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan identiti pemimpin MIC yang didakwa ditemui oleh Zahid.<\/p>\n<p>\u201cSaya benar-benar terkejut dengan kenyataan beliau. Saya tidak tahu siapa sebenarnya pemimpin yang beliau maksudkan telah ditemuinya. Bagi pihak kami, sebarang perbincangan mesti dilakukan bersama kepimpinan tertinggi parti,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Kenyataannya itu merupakan respons kepada laporan media yang memetik Zahid berkata sudah bertemu pemimpin MIC dan MCA beberapa kali minggu lalu.<\/p>\n<p>Zahid juga dilaporkan berkata BN akan mempertimbangkan pemberian jawatan dalam kerajaan kepada kedua-dua parti selepas pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n<p>Mengenai hal itu, Vigneswaran bagaimanapun menafikan MIC meminta atau mahukan jawatan dalam kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cMIC tidak berminat dengan jawatan kerajaan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Beliau juga menolak dakwaan Zahid mengenai kewujudan satu kajian yang kononnya menunjukkan akar umbi MIC tidak bersetuju parti itu keluar dari BN.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak tahu-menahu tentang sebarang kajian seperti itu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sebaliknya, Vigneswaran mendedahkan kepimpinan MIC telah mendapat maklum balas yang positif daripada ahli jawatankuasa bahagian.<\/p>\n<p>\u201cMereka mahu parti ini dilayan dengan maruah dan penghormatan. Mereka memberitahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) supaya melakukan apa yang dirasakan terbaik untuk masa depan MIC,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SA Vigneswaran, menyangkal kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, yang mendakwa telah menemui pemimpin MIC beberapa kali minggu lepas bagi membincangkan masa depan parti itu dalam gabungan tersebut. Presiden MIC menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai sesuatu yang mengejutkan dan \u201cbingung\u201d kerana menurutnya pertemuan terakhir dengan Presiden UMNO itu atas kapasiti sebagai Presiden MIC [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4175,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,180,377,581,2050],"authors":[],"class_list":["post-4174","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-mca","tag-mic","tag-presiden","tag-sa-vigneswaran"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4174","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4174"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4174\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4176,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4174\/revisions\/4176"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4175"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4174"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4174"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4174"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4174"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}