{"id":4200,"date":"2025-10-13T08:25:54","date_gmt":"2025-10-13T08:25:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4200"},"modified":"2025-10-13T08:25:54","modified_gmt":"2025-10-13T08:25:54","slug":"kes-rogol-empat-pelajar-dibuang-sekolah-kpm-ambil-tindakan-tegas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-rogol-empat-pelajar-dibuang-sekolah-kpm-ambil-tindakan-tegas\/","title":{"rendered":"Kes rogol: Empat pelajar dibuang sekolah, KPM ambil tindakan tegas"},"content":{"rendered":"<p>Empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol terhadap seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di sini telah diambil tindakan tegas dengan dibuang sekolah serta-merta.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, mereka masih diizinkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di lokasi yang ditetapkan, sama ada di pusat tahanan atau pusat peperiksaan berasingan.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad, menegaska kebenaran menduduki SPM itu tidak bermakna mereka terlepas daripada hukuman.<\/p>\n<p>\u201cSuspek yang terlibat tidak akan mengambil SPM di sekolah.<\/p>\n<p>\u201cSebaliknya mereka akan berada di tempat yang ditetapkan, sama ada di pusat tahanan atau di tempat yang berasingan daripada pusat di sekolah mereka,\u201d jelas beliau dalam satu sidang media khas.<\/p>\n<p>Menurutnya lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan polis yang masih berjalan.<\/p>\n<p>\u201cKPM berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses siasatan yang sedang berjalan. Kita inginkan keadilan dapat ditegakkan dan sesiapa saja yang bersalah, KPM bertegas mereka perlu dihukum,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Insiden yang berlaku pada 2 Oktober lalu itu dilaporkan melibatkan empat suspek yang merakam perbuatan terkutuk mereka menggunakan telefon bimbit.<\/p>\n<p>Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis setelah dimaklumkan oleh guru mengenai penyebaran video berkenaan.<\/p>\n<p>Sebagai langkah pencegahan, KPM dijangka akan mengeluarkan garis panduan keselamatan sekolah yang komprehensif pada Disember ini.<\/p>\n<p>*Menteri akan mengumumkan garis panduan yang kita tambah baik, yang kita murnikan lagi mengikut kesesuaian dan perubahan zaman,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau juga berkata cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh premis sekolah turut dipertimbangkan bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol terhadap seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di sini telah diambil tindakan tegas dengan dibuang sekolah serta-merta. Bagaimanapun, mereka masih diizinkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di lokasi yang ditetapkan, sama ada di pusat tahanan atau pusat peperiksaan berasingan. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4201,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1243,975,192,773,1897,974],"authors":[],"class_list":["post-4200","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dr-mohd-azam-ahmad","tag-kpm","tag-melaka","tag-pelajar","tag-rogol","tag-sekolah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4200","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4200"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4200\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4202,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4200\/revisions\/4202"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4200"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4200"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4200"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4200"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}