{"id":4205,"date":"2025-10-14T03:32:01","date_gmt":"2025-10-14T03:32:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4205"},"modified":"2025-10-14T03:44:13","modified_gmt":"2025-10-14T03:44:13","slug":"jumlah-penerima-pendidikan-percuma-bergantung-kepada-bilangan-pengambilan-pelajar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jumlah-penerima-pendidikan-percuma-bergantung-kepada-bilangan-pengambilan-pelajar\/","title":{"rendered":"Jumlah penerima pendidikan percuma bergantung kepada bilangan pengambilan pelajar"},"content":{"rendered":"<p>Pelaksanaan inisiatif pendidikan percuma seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 akan dilaksanakan berdasarkan keperluan pengambilan tahunan semasa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).<\/p>\n<p>Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir menjelaskan jumlah 5,800 pelajar yang disebut adalah satu anggaran, dan angka sebenar akan bergantung kepada kapasiti serta kemasukan baharu IPT pada setiap tahun.<\/p>\n<p>Ujarnya, senarai penerima manfaat akan ditentukan oleh proses pengambilan tahunan institusi.<\/p>\n<p>\u201cSenarai penerima akan bergantung kepada bilangan pengambilan baharu setiap tahun. Angkanya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kapasiti institusi,\u201d jelas Zambry selepas menghadiri Dialog Dasar Kesatuan Eropah (EU) &#8211; ASEAN Pendidikan Tinggi hari ini.<\/p>\n<p>Inisiatif bernilai RM120 juta setahun yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu disasarkan kepada pelajar daripada keluarga miskin dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2,705.<\/p>\n<p>Zambry menekankan langkah ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk membantu pelajar cemerlang yang menghadapi halangan kewangan.<\/p>\n<p>\u201cApa yang ditunjukkan ini menggambarkan kerajaan mempunyai nilai keihsanan dan prihatin kepada nasib mereka yang kurang bernasib baik.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mahu kekangan, kesusahan dan kemiskinan itu menyebabkan mereka yang pandai daripada keluarga miskin ini tidak dapat meneruskan pendidikan mereka,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mengenai dialog tersebut, Zambry menyatakan bahawa ia memfokuskan pada pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).<\/p>\n<p>Beliau juga mengumumkan satu dasar baharu berkaitan TVET dan pembangunan bakat dalam kalangan negara ASEAN akan diperkenalkan tidak lama lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelaksanaan inisiatif pendidikan percuma seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 akan dilaksanakan berdasarkan keperluan pengambilan tahunan semasa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir menjelaskan jumlah 5,800 pelajar yang disebut adalah satu anggaran, dan angka sebenar akan bergantung kepada kapasiti serta kemasukan baharu IPT pada setiap tahun. Ujarnya, senarai penerima manfaat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4111,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1217,1651,773,2054,18,2025,677],"authors":[],"class_list":["post-4205","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-belanjawan-2026","tag-kpt","tag-pelajar","tag-pendidikan-percuma","tag-pmx","tag-ptptn","tag-zambry-abd-kadir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4205","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4205"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4205\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4206,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4205\/revisions\/4206"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4111"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4205"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4205"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4205"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4205"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}