{"id":4210,"date":"2025-10-14T03:43:56","date_gmt":"2025-10-14T03:43:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4210"},"modified":"2025-10-14T03:43:56","modified_gmt":"2025-10-14T03:43:56","slug":"belanjawan-2026-pacu-transformasi-digital-negara-kata-cfm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/belanjawan-2026-pacu-transformasi-digital-negara-kata-cfm\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2026 pacu transformasi digital negara, kata CFM"},"content":{"rendered":"<p>Belanjawan 2026 mengukuhkan lagi komitmen kerajaan untuk memacu infrastruktur digital negara, dengan fokus terhadap peningkatan kesalinghubungan, keselamatan data, akses kesihatan digital dan inklusiviti.<\/p>\n<p>Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Yap Yoke Har, menyifatkan belanjawan tersebut sebagai bukti tekad kerajaan memastikan setiap rakyat menikmati manfaat daripada kemajuan digital dan inisiatif yang diumumkan turut menekankan aspek keselamatan dan pembinaan kepercayaan pengguna untuk jangka panjang.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif seperti Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dijangka meningkatkan kelajuan serta kebolehpercayaan internet di Sabah dan Sarawak,\u201d jelas Yoke Har dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>\u201cUsaha ini akan mengurangkan jurang digital antara Malaysia Timur dan Semenanjung, membolehkan pengguna menikmati penstriman tanpa gangguan, pembelajaran dalam talian yang lancar serta akses lebih mudah kepada perkhidmatan digital,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan penubuhan Pusat Penyebaran Maklumat Negara (NADI) akan membuka peluang baharu kepada komuniti luar bandar.<\/p>\n<p>\u201cMelalui keusahawanan dalam talian, mereka bukan sekadar pengguna, tetapi juga pencipta dan penyumbang dalam ekonomi digital negara yang semakin berkembang,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam aspek keselamatan dan kesihatan, Yoke Har memaklumkan Sistem Amaran Awal (EWS) akan memastikan maklumat keselamatan sampai kepada orang ramai dengan lebih pantas semasa bencana.<\/p>\n<p>Manakala peruntukan untuk menambah baik kesalinghubungan internet di hospital dan klinik awam akan memperluas akses kepada perkhidmatan telekesihatan, terutamanya di kawasan luar bandar.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam, malah mengurangkan jurang perkhidmatan antara bandar dan luar bandar,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>CFM juga menyambut baik penubuhan Sovereign AI Cloud dan AI Transformation Centre, yang menunjukkan kesungguhan Malaysia membangunkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) yang beretika, selamat dan selari dengan nilai tempatan.<\/p>\n<p>CFM menegaskan kemajuan digital perlu seiring dengan pemerkasaan pengguna.<\/p>\n<p>\u201cKami menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menjadi pengguna yang bijak, memahami hak mereka, mengamalkan keselamatan digital, serta memanfaatkan sepenuhnya peningkatan kesalinghubungan dan perkhidmatan di bawah Belanjawan 2026,\u201dkatanya.<\/p>\n<p>CFM akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memperkukuh perlindungan pengguna dan memupuk budaya digital yang bertanggungjawab.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Belanjawan 2026 mengukuhkan lagi komitmen kerajaan untuk memacu infrastruktur digital negara, dengan fokus terhadap peningkatan kesalinghubungan, keselamatan data, akses kesihatan digital dan inklusiviti. Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Yap Yoke Har, menyifatkan belanjawan tersebut sebagai bukti tekad kerajaan memastikan setiap rakyat menikmati manfaat daripada kemajuan digital dan inisiatif yang diumumkan turut menekankan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":816,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1217,2055,248,49,2057,184,16,2056],"authors":[],"class_list":["post-4210","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-belanjawan-2026","tag-cfm","tag-digital","tag-fahmi-fadzil","tag-forum-pengguna-komunikasi-dan-multimedia-malaysia","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-yap-yoke-har"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4210","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4210"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4210\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4211,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4210\/revisions\/4211"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/816"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4210"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4210"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4210"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4210"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}