{"id":4217,"date":"2025-10-14T05:46:54","date_gmt":"2025-10-14T05:46:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4217"},"modified":"2025-10-14T05:46:54","modified_gmt":"2025-10-14T05:46:54","slug":"kerajaan-perhebat-langkah-perangi-scam-dan-buli-siber-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-perhebat-langkah-perangi-scam-dan-buli-siber-fahmi\/","title":{"rendered":"Kerajaan perhebat langkah perangi scam dan buli siber: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mempergiat usaha memerangi jenayah penipuan (scam) dan buli siber yang semakin berleluasa melalui pendekatan bersepadu merangkumi penguatkuasaan undang-undang, peraturan lebih ketat dan kerjasama antara agensi.<\/p>\n<p>Langkah drastik ini diumumkan bagi menangani kebimbangan awam yang semakin meningkat, terutamanya kesan jenayah tersebut terhadap kesejahteraan mental mangsa, termasuk golongan remaja.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan memberitahu beberapa inisiatif diambil untuk mengekang kandungan yang memudaratkan, ia melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai pihak berkuasa yang memainkan peranan penting dalam menurunkan kandungan berbahaya.<\/p>\n<p>\u201cData sehingga September 2025 menunjukkan sebanyak 133,348 kandungan penipuan (95%) dan 38,470 kandungan buli (77%) berjaya diturunkan berdasarkan aduan dan garis panduan.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama erat antara agensi adalah kunci,\u201d menurut Fahmi dalam jawapan di Parlimen hari ini.<\/p>\n<p>\u201cMCMC menyediakan bantuan teknikal dan forensik digital bagi melancarkan siasatan pihak berkuasa,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Langkah proaktif turut diperkukuh dengan pelaksanaan keperluan pelesenan mandatori bagi penyedia perkhidmatan media sosial bermula 1 Januari 2025 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).<\/p>\n<p>Ini bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab menguruskan operasi dan kandungan di Malaysia.<\/p>\n<p>Dari sudut perundangan, kerajaan juga telah menggubalAkta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] yang akan memberikan rangka kerja kawal selia yang lebih komprehensif.<\/p>\n<p>\u201cAkta baru ini akan mengawal selia kandungan memudaratkan dan mewajibkan obligasi kepada pemberi perkhidmatan aplikasi bagi mengekang isu seperti penipuan dan buli dalam talian,\u201d jelasnya lag.<\/p>\n<p>Bagi menangani isu buli siber secara khusus, Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan pada Julai 2024 yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.<\/p>\n<p>Ini disusuli dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli peringkat Jemaah Menteri pada Ogos 2025, yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), bagi menggubal undang-undang dan melaksanakan pendekatan menyeluruh merangkumi pencegahan, pendidikan, dan penguatkuasaan.<\/p>\n<p>Tindakan pantas terhadap jenayah dalam talian juga dilaksanakan melalui platform strategik Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM\u2013MCMC, yang membolehkan tindak balas yang lebih efektif.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mempergiat usaha memerangi jenayah penipuan (scam) dan buli siber yang semakin berleluasa melalui pendekatan bersepadu merangkumi penguatkuasaan undang-undang, peraturan lebih ketat dan kerjasama antara agensi. Langkah drastik ini diumumkan bagi menangani kebimbangan awam yang semakin meningkat, terutamanya kesan jenayah tersebut terhadap kesejahteraan mental mangsa, termasuk golongan remaja. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semasa menjawab soalan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2353,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2062,2061,49,35,184,16,43,34],"authors":[],"class_list":["post-4217","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-berbahaya","tag-buli-siber","tag-fahmi-fadzil","tag-kandungan","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-pdrm","tag-scam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4217","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4217"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4217\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4218,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4217\/revisions\/4218"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4217"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4217"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4217"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4217"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}