{"id":4230,"date":"2025-10-14T09:06:39","date_gmt":"2025-10-14T09:06:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4230"},"modified":"2025-10-14T09:06:39","modified_gmt":"2025-10-14T09:06:39","slug":"projek-terowong-p-pinang-menyerupai-penipuan-tanah-kata-saksi-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/projek-terowong-p-pinang-menyerupai-penipuan-tanah-kata-saksi-sprm\/","title":{"rendered":"Projek terowong P. Pinang menyerupai \u2018penipuan tanah\u2019, kata saksi SPRM"},"content":{"rendered":"<p>Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan tiga jalan utama bernilai RM6.7 bilion didakwa sebagai satu helah semata-mata yang menyerupai &#8220;penipuan tanah&#8221;, menurut keterangan saksi seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Zulhilmi Ramli, yang juga merupakan pegawai penyiasat kes tersebut, mendakwa dalam penyataannya bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, menyalahgunakan kuasanya untuk membantu ahli perniagaan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan syarikatnya, Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, mendapatkan projek mega infrastruktur itu.<\/p>\n<p>\u201cHasil siasatan mendapati tertuduh telah meminta 10 peratus daripada keuntungan projek itu daripada Zarul Ahmad sebagai balasan kerana membantu syarikatnya mendapatkan kontrak berkenaan,\u201d kata Zulhilmi di hadapan Hakim Azura Alwi.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan turut mendedahkan bahawa tertuduh merancang untuk menganugerahkan projek kontroversi itu terus kepada syarikat Zarul, dengan mengenepikan proses tender terbuka yang sepatutnya,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Menurut keterangan, pertemuan antara Guan Eng dan Zarul telah berlaku beberapa kali antara Januari dan Mac 2011.<\/p>\n<p>Dalam pertemuan itu, Guan Eng didakwa mencadangkan satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani, dengan menyatakan projek akan diberikan melalui rundingan terus.<\/p>\n<p>\u201cGuan Eng kemudian meminta 10 peratus daripada keuntungan projek, dan Zarul bersetuju,\u201d kata Zulhilmi.<\/p>\n<p>MoU tersebut akhirnya ditandatangani pada Mac 2011, sebelum sebarang tender terbuka dijalankan.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan saya mendapati tujuan MoU itu adalah bagi memudahkan penganugerahan terus kepada Zenith BUCG. Dokumen itu langsung tidak menyebut mengenai proses tender terbuka,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Walaupun Guan Eng kemudian mendakwa projek itu melalui tender terbuka, Zulhilmi menegaskan tindakan dan arahan beliau kepada pegawai kerajaan negeri menunjukkan sebaliknya.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan untuk melantik syarikat tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan atas kepentingan peribadi. Sejak awal lagi, Guan Eng tidak telus mengenai proses itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, peguam pembela Guan Eng, Ramkarpal Singh, membantah penyataan saksi tersebut dengan alasan ia mengandungi pandangan dan bukan bukti fakta.<\/p>\n<p>Pendakwaan bagaimanapun berhujah pegawai penyiasat berhak memberikan penjelasan berdasarkan siasatan.<\/p>\n<p>Hakim Azura kemudiaan menangguhkan keputusan terhadap bantahan tersebut tetapi membenarkan saksi meneruskan keterangan buat sementara.<\/p>\n<p>Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya untuk meminta suapan berhubung projek bernilai RM6.3 bilion itu.<\/p>\n<p>Perbicaraan akan disambung esok.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan tiga jalan utama bernilai RM6.7 bilion didakwa sebagai satu helah semata-mata yang menyerupai &#8220;penipuan tanah&#8221;, menurut keterangan saksi seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Zulhilmi Ramli, yang juga merupakan pegawai penyiasat kes tersebut, mendakwa dalam penyataannya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2565,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[79,58,67,24,1183,21,81],"authors":[],"class_list":["post-4230","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-lim-guan-eng","tag-mahkamah","tag-pulau-pinang","tag-rasuah","tag-saksi","tag-sprm","tag-terowong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4230","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4230"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4230\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4231,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4230\/revisions\/4231"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2565"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4230"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4230"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4230"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4230"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}