{"id":4255,"date":"2025-10-15T06:12:57","date_gmt":"2025-10-15T06:12:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4255"},"modified":"2025-10-15T06:12:57","modified_gmt":"2025-10-15T06:12:57","slug":"nadi-on-wheels-now-dilancar-di-sabah-pacu-kemajuan-digital-luar-bandar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/nadi-on-wheels-now-dilancar-di-sabah-pacu-kemajuan-digital-luar-bandar\/","title":{"rendered":"NADI on Wheels (NOW) dilancar di Sabah, pacu kemajuan digital luar bandar"},"content":{"rendered":"<p>Inisiatif kerajaan bagi membawa kemudahan digital terus ke kawasan pedalaman Sabah menjadi kenyataan dengan pelancaran NADI on Wheels (NOW) peringkat negeri oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, di Sipitang hari ini.<\/p>\n<p>Program yang dilancarkan sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin itu merupakan komitmen berterusan untuk memastikan tiada komuniti tercicir dalam arus pembangunan negara.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), NOW berfungsi sebagai pusat bergerak yang membawa kemudahan teknologi dan perkhidmatan komuniti secara langsung kepada penduduk di kawasan sukar dicapai.<\/p>\n<p>\u201cNOW merupakan pusat bergerak yang direka untuk membawa kemudahan teknologi dan perkhidmatan berasaskan komuniti terus kepada rakyat khususnya di kawasan pedalaman.<\/p>\n<p>\u201cKenderaan ini dilengkapi satelit Starlink berkelajuan tinggi, komputer riba, tablet, projektor, tenaga solar mudah alih serta sistem Wi-Fi percuma,\u201d menurut MCMC.<\/p>\n<p>\u201cNOW turut menyediakan ruang interaktif bagi aktiviti latihan dan pembelajaran komuniti, sekaligus menyantuni rumah anak yatim, OKU, masyarakat Orang Asli dan komuniti terpencil agar mereka juga menikmati kemajuan teknologi,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Kejayaan inisiatif digital Malaysia di peringkat global turut dibuktikan apabila NADI Pulau Banggi memenangi kategori Pembinaan Kapasiti di Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat 2025 di Geneva, mengukuhkan reputasi negara dalam memperkasakan komuniti melalui teknologi digital.<\/p>\n<p>Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya, Pengerusi Panel Penasihat NADI akan dilantik bagi Parlimen Sipitang dan Beaufort untuk memantau operasi dan menyalurkan pandangan strategik.<\/p>\n<p>Program HBK di NADI Sindumin turut dimeriahkan dengan pameran keusahawanan komuniti, program kesedaran digital dan pemeriksaan kesihatan percuma, hasil kerjasama strategik dengan PERKESO, MyFutureJobs dan Akademi Kenegaraan Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif ini diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan kemahiran, ilmu dan sosioekonomi komuniti luar bandar, selaras dengan matlamat kerajaan untuk memastikan semua lapisan masyarakat menikmati peluang yang sama,\u201d menurut MCMC.<\/p>\n<p>Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi Md Isa; Ahli Parlimen Sipitang, Matbali Musah; serta wakil MCMC dan pemimpin masyarakat setempat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Inisiatif kerajaan bagi membawa kemudahan digital terus ke kawasan pedalaman Sabah menjadi kenyataan dengan pelancaran NADI on Wheels (NOW) peringkat negeri oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, di Sipitang hari ini. Program yang dilancarkan sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin itu merupakan komitmen berterusan untuk memastikan tiada komuniti tercicir [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4256,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,184,1421,16,2078,2079,102],"authors":[],"class_list":["post-4255","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-luar-bandar","tag-mcmc","tag-nadi-on-wheels","tag-now","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4255","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4255"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4255\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4257,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4255\/revisions\/4257"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4256"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4255"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4255"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4255"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4255"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}