{"id":427,"date":"2025-05-28T06:59:13","date_gmt":"2025-05-28T06:59:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=427"},"modified":"2025-05-28T06:59:13","modified_gmt":"2025-05-28T06:59:13","slug":"sprm-tak-berganjak-dengan-tindakan-sita-harta-keluarga-daim-azam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-tak-berganjak-dengan-tindakan-sita-harta-keluarga-daim-azam\/","title":{"rendered":"SPRM tak berganjak dengan tindakan sita harta keluarga Daim: Azam"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan untuk mengambil tindakan pelucutan sebahagian hak pemilikan harta milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga bekas Menteri Kewangan itu akan tetap diteruskan.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata setakat ini keputusan untuk menyita harta tak diisytihar masih akan diteruskan dan berkemungkinan lebih banyak kertas siasatan akan dibuka.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan peguam isteri Daim dan keluarga yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak masuk akal dan dibuat tanpa asas perundangan.<\/p>\n<p>\u201cBerasas atau tidak, itu adalah pandangan beliau dan mereka juga mempunyai hak untuk menyuarakan apa sahaja pandangan mereka.<\/p>\n<p>\u201cNamun di pihak saya, kita akan meneruskan tindakan yang diatur dan dirancang, bagi tujuan menentukan hak untuk harta-harta itu, yang kita rasakan ia diperoleh dengan menyalahi undang-undang,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Peluncuran Polisi Integriti Universiti Islam Selangor (UIS) Selangor hari ini.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Azam berkata, SPRM berkemungkinan akan menambah jumlah lapan kertas siasatan sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cJumlah keseluruhan harta yang dikesan SPRM setakat ini adalah RM2 bilion tetapi ia mempunyai pecahan-pecahannya (untuk dilucutkan hak). Setiap harta yang berkaitan (dilucutkan hak) memerlukan satu permohonan kertas siasatan.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, ada lapan kertas siasatan sahaja yang dibuka dan ya\u2026ia mungkin bertambah\u2026mungkin selepas ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam sidang akhbar minggu lalu, Azam mengesahkan SPRM sedang berusaha untuk melucutkan hak pemilikan harta milik Allahyarham Daim dan keluarga bekas Menteri Kewangan itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, selain harta bernilai tinggi membabitkan RM2 bilion yang kini dibekukan pihaknya, SPRM juga percaya masih ada harta yang tidak diisytiharkan berada di luar negara.<\/p>\n<p>Harta itu, katanya, membabitkan yang dimiliki ahli keluarga serta proksi kepada Allahyarham Daim yang juga bekas pemimpin Umno.<\/p>\n<p>Tindakan itu mendapat reaksi peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili isteri Daim, Toh Puan Na\u2019imah Abdul Khalid dan keluarga mendakwa kenyataan itu tidak masuk akal, dibuat tanpa sebarang asas perundangan, tidak boleh dipertahankan dan bersifat membalas dendam.<\/p>\n<p>Ia, katanya, kerana Allahyarham Daim sudah meninggal dunia dan tiada sebarang pertuduhan tertangguh terhadapnya di mahkamah dan beliau juga tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan untuk mengambil tindakan pelucutan sebahagian hak pemilikan harta milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga bekas Menteri Kewangan itu akan tetap diteruskan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata setakat ini keputusan untuk menyita harta tak diisytihar masih akan diteruskan dan berkemungkinan lebih banyak kertas siasatan akan dibuka. Beliau berkata demikian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":295,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,334,115,333,21,332],"authors":[],"class_list":["post-427","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-aset","tag-azam-baki","tag-harta","tag-sprm","tag-tun-daim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/427","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=427"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/427\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":428,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/427\/revisions\/428"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/295"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=427"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=427"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=427"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=427"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}