{"id":4287,"date":"2025-10-16T06:11:07","date_gmt":"2025-10-16T06:11:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4287"},"modified":"2025-10-16T06:11:07","modified_gmt":"2025-10-16T06:11:07","slug":"dua-mp-umno-diberi-amaran-jika-bertanding-atas-tiket-grs-semasa-prn-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dua-mp-umno-diberi-amaran-jika-bertanding-atas-tiket-grs-semasa-prn-sabah\/","title":{"rendered":"Dua MP UMNO diberi amaran jika bertanding atas tiket GRS semasa PRN Sabah"},"content":{"rendered":"<p>Dua Ahli Parlimen UMNO di Sabah, Shahelmey Yahya dan Andi Muhammad Suryady Bandy, bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk denda mencecah RM100 juta sekiranya mereka bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.<\/p>\n<p>Amaran keras itu diberikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Aysraf Wajdi Dusuki, yang menjelaskan kedua-dua wakil rakyat tersebut terikat dengan bon perjanjian yang ditandatangani sebelum menerima watikah calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.<\/p>\n<p>\u201cJika mereka keluar daripada parti dengan maksud bertanding mewakili GRS, dengan sendirinya kontrak yang mereka tandatangani dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terpakai.<\/p>\n<p>\u201cIni bermakna mereka kena membayar balik ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada parti,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut Aysraf Wajdi, jumlah besar itu merupakan nilai bon perjanjian dan ganti rugi yang telah dipersetujui serta dimeterai di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.<\/p>\n<p>\u201cItulah nilai yang sudah dipersetujui serta dimeterai sebelum mereka menerima watikah calon Parlimen dalam PRU lalu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu ini tercetus ekoran desas-desus yang mengatakan kedua-dua ahli parlimen berkenaan mungkin bertanding di bawah GRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.<\/p>\n<p>Hajiji sendiri sebelum ini dilaporkan menyatakan kesediaan gabungannya untuk menerima Shahelmey dan Andi Suryady.<\/p>\n<p>Namun, sekiranya mereka mengambil langkah tersebut, mereka terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing kerana kerusi itu dimenangi atas tiket BN.<\/p>\n<p>Kedua-duanya telah digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun sejak awal 2023 berikutan krisis Langkah Kinabalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua Ahli Parlimen UMNO di Sabah, Shahelmey Yahya dan Andi Muhammad Suryady Bandy, bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk denda mencecah RM100 juta sekiranya mereka bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang. Amaran keras itu diberikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Aysraf Wajdi Dusuki, yang menjelaskan kedua-dua wakil rakyat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1639,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[634,1773,151,397,264,103,548,102,146],"authors":[],"class_list":["post-4287","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-asyraf-wajdi","tag-denda","tag-grs","tag-hajiji","tag-hukuman","tag-prn","tag-pru","tag-sabah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4287","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4287"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4287\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4288,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4287\/revisions\/4288"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1639"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4287"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4287"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4287"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4287"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}