{"id":4295,"date":"2025-10-16T06:36:48","date_gmt":"2025-10-16T06:36:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4295"},"modified":"2025-10-16T06:37:31","modified_gmt":"2025-10-16T06:37:31","slug":"ibu-bapa-perlu-pantau-anak-elak-salah-guna-media-sosial-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ibu-bapa-perlu-pantau-anak-elak-salah-guna-media-sosial-fahmi\/","title":{"rendered":"Ibu bapa perlu pantau anak, elak salah guna media sosial: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil menegaskan ibu bapa memikul tanggungjawab penting untuk memantau aktiviti anak-anak mereka, terutamanya di platform media sosial, bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi itu menekankan persekitaran sekolah bukanlah pusat jagaan dan tanggungjawab mendidik anak tidak terletak di bahu guru semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cUbah satu pemikiran, sekolah bukan pusat jagaan. Di rumah, ibu bapa perlu tahu apa aktiviti anak-anak. Kamu semua juga ada peranan,\u201d katanya semasa program Kempen Internet Selamat (KIS) bersama pelajar Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Kota Kinabalu di Inanam hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi turut mengingatkan generasi muda yang sudah dewasa agar menjadi teladan yang baik dan tidak mudah terjerumus dengan salah guna media sosial.<\/p>\n<p>Beliau kemudiannya mengambil iktibar daripada kes viral berita palsu berkenaan Allahyarhamah Zara Khairina Mahathir baru-baru ini sebagai contoh.<\/p>\n<p>\u201cMula-mula semua orang percaya arwah meninggal dibunuh dalam mesin basuh. Itu tidak betul. Perempuan itu seorang cikgu bahasa Inggeris di Kuala Lumpur. Dia menyampaikan maklumat palsu yang menjadi viral,\u201d jelas Fahmi.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan individu yang menyebarkan berita palsu itu telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.<\/p>\n<p>Fahmi juga mendedahkan satu lagi insiden melibatkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pakar patologi dalam satu siaran TikTok Live mengenai kes berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cOrang ramai percaya dia seorang pakar forensik yang berada di bilik bedah. Rupa-rupanya, setelah disiasat bersama KKM, dia bukan doktor. Siapa dia? Seorang penipu di Kota Damansara,\u201d beritahu Fahmi.<\/p>\n<p>Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempunyai keupayaan untuk mengesan individu yang menjadi hos atau admin siaran sedemikian.<\/p>\n<p>\u201cKita hantar pasukan khas. Akhirnya, lelaki itu berjaya ditahan. Bila disemak, dia langsung bukan Professor, Datuk, Dr. mahupun Tunku seperti yang didakwa. Penipu sejati rupanya. Dia telah ditangkap dan menunggu untuk dibicarakan,\u201d kongsinya.<\/p>\n<p>Fahmi mengakhiri pesanannya dengan menyeru semua pihak, terutamanya generasi muda yang bakal melanjutkan pelajaran, agar lebih berhati-hati dengan setiap maklumat yang diterima.<\/p>\n<p>\u201cUniversiti adalah tempat untuk kita menjadi manusia yang baik dan membangunkan masyarakat. Jadi, kita kena berhati-hati dengan semua maklumat, terutamanya dalam bentuk video,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil menegaskan ibu bapa memikul tanggungjawab penting untuk memantau aktiviti anak-anak mereka, terutamanya di platform media sosial, bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan. Menteri Komunikasi itu menekankan persekitaran sekolah bukanlah pusat jagaan dan tanggungjawab mendidik anak tidak terletak di bahu guru semata-mata. \u201cUbah satu pemikiran, sekolah bukan pusat jagaan. Di rumah, ibu bapa perlu tahu apa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4296,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,739,184,16,405,974,1202],"authors":[],"class_list":["post-4295","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-ibu-bapa","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-sekolah","tag-zara-qairina-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4295","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4295"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4295\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4300,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4295\/revisions\/4300"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4296"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4295"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4295"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4295"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4295"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}