{"id":4312,"date":"2025-10-17T03:55:54","date_gmt":"2025-10-17T03:55:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4312"},"modified":"2025-10-17T03:55:54","modified_gmt":"2025-10-17T03:55:54","slug":"pengesahan-umur-platform-media-sosial-pelindung-kanak-kanak-daripada-eksploitasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pengesahan-umur-platform-media-sosial-pelindung-kanak-kanak-daripada-eksploitasi\/","title":{"rendered":"Pengesahan umur platform media sosial pelindung kanak-kanak daripada eksploitasi"},"content":{"rendered":"<p>Cadangan mewajibkan pengesahan identiti pengguna media sosial melalui sistem eKYC dilihat sebagai langkah proaktif bagi menangani isu pengantunan dan eksploitasi kanak-kanak di alam siber yang semakin membimbangkan.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Amirudin Abdul Wahab berkata, mekanisme itu bukan sahaja menyukarkan penciptaan profil palsu malah membantu pihak berkuasa menjejak individu yang menyalahguna platform untuk tujuan jenayah.<\/p>\n<p>\u201cIa juga menyokong perlindungan umur minimum pengguna sekali gus menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun mendaftar akaun secara bebas,\u201d jelasnya dipetik laporan Bernama.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun menekankan perlunya pelaksanaan yang berhati-hati memandangkan wujud cabaran dari segi kos, privasi dan kebolehcapaian.<\/p>\n<p>Amirudin berkata, pemangsa sering menggunakan identiti rekaan dan mendekati mangsa dengan taktik psikologi.<\/p>\n<p>\u201cAda kanak-kanak yang mencari perhatian dalam talian. Situasi ini dimanfaatkan \u2018groomers\u2019 yang menyamar sebagai rakan sebaya dan membina kepercayaan sebelum mengalih perbualan ke arah sensitif,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pendapat itu disokong Prof Madya Dr Sonny Zulhuda dari UIAM yang yakin eKYC mampu mengurangkan akaun palsu, namun mengingatkan tentang risiko penyerahan maklumat peribadi sensitif seperti pengenalan wajah.<\/p>\n<p>\u201cKanak-kanak kumpulan paling terdedah. Mereka cenderung beri data tanpa faham risiko, membuka ruang kepada ancaman seperti pencurian identiti,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sonny mencadangkan alternatif seperti \u2018pengesahan umur pihak ketiga\u2019 yang diamalkan beberapa negara EU.<\/p>\n<p>\u201cDalam model ini, data pengguna tidak dihantar ke platform. Pihak ketiga sahaja yang mengesahkan umur dan beri status \u2018lulus\u2019 atau \u2018gagal\u2019. Ia lebih beretika dan selamat,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, pakar psikiatri Dr Hijaz Ridzwan menegaskan pencegahan harus bermula di rumah.<\/p>\n<p>\u201cIbu bapa perlu jadi contoh, tunjuk cara interaksi sihat di media sosial dan bincang batas perbualan. Ini asas celik digital sebenar,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Komunikasi berasaskan empati, katanya, membantu anak berasa selamat untuk berkongsi apabila berdepan situasi tidak selesa dalam talian.<\/p>\n<p>Beliau memberi amaran kesan jenayah pengantunan boleh mendalam dan berpanjangan.<\/p>\n<p>\u201cMangsa sering bawa kesan sehingga dewasa, mengalami tekanan emosi dan sukar bina hubungan sihat kerana pernah dimanipulasi ketika kecil,\u201d jelasnya mengenai kepentingan langkah pencegahan menyeluruh.<\/p>\n<p>Pada Rabu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna atau eKYC bagi memastikan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cadangan mewajibkan pengesahan identiti pengguna media sosial melalui sistem eKYC dilihat sebagai langkah proaktif bagi menangani isu pengantunan dan eksploitasi kanak-kanak di alam siber yang semakin membimbangkan. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Amirudin Abdul Wahab berkata, mekanisme itu bukan sahaja menyukarkan penciptaan profil palsu malah membantu pihak berkuasa menjejak individu yang menyalahguna platform untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3201,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1839,1347,184,16,2095],"authors":[],"class_list":["post-4312","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ekyc","tag-kanak-kanak","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-pengesahan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4312","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4312"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4312\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4313,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4312\/revisions\/4313"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4312"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4312"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4312"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4312"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}