{"id":4328,"date":"2025-10-17T06:58:52","date_gmt":"2025-10-17T06:58:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4328"},"modified":"2025-10-17T06:58:52","modified_gmt":"2025-10-17T06:58:52","slug":"anwar-gesa-sekolah-jangan-sembunyikan-kes-buli-ia-sama-seperti-melindungi-jenayah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-gesa-sekolah-jangan-sembunyikan-kes-buli-ia-sama-seperti-melindungi-jenayah\/","title":{"rendered":"Anwar gesa sekolah jangan sembunyikan kes buli, ia sama seperti melindungi jenayah"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengeluarkan amaran tegas kepada pihak sekolah, terutamanya guru besar, agar tidak sekali-kali melindungi sebarang kes buli yang berlaku di dalam kawasan institusi pendidikan tersebut.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menegaskan perbuatan menyembunyikan insiden buli, walau kecil sekalipun atas alasan untuk menjaga nama baik sekolah tersebut boleh dianggap sebagai satu jenayah.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, antara punca berlarutannya kes buli adalah kewujudan salah faham serta keutamaan yang diberikan untuk menjaga nama baik sekolah melebihi keselamatan dan kesejahteraan pelajar.<\/p>\n<p>\u201cGuru besar, ibu dan bapa perlu beri kerjasama penuh. Kadangkala mereka lebih pentingkan imej sekolah berbanding keselamatan murid,\u201d katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Seruling hari ini.<\/p>\n<p>\u201cKalau ada kes buli yang disembunyikan, ia dianggap sebagai satu kesalahan seolah-olah melindungi jenayah,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Anwar turut mengakui kecenderungan sesetengah pihak memandang ringan kes buli.<\/p>\n<p>\u201cBuli kecil kalau dibiarkan akan jadi besar. Kita tak menuduh sesiapa tapi ini satu peringatan untuk kesedaran bersama. Jangan kerana nak jaga nama, kita abaikan tanggungjawab,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Anwar turut menyeru pihak berkuasa seperti polis untuk bertindak pantas terhadap kes-kes buli yang tular di media sosial.<\/p>\n<p>\u201cPolis boleh bertindak segera. Media sosial pun boleh segera. Ini peringatan kepada pihak sekolah \u2013 jangan melindungi. Buli kecil pun jenayah juga,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau turut menyentuh cabaran mendidik dalam suasana semasa, menyeru keseimbangan antara ketegasan dan hak asasi.<\/p>\n<p>\u201cGolongan liberal dan hak asasi kadang keterlaluan, sampai tak boleh langsung. Jadi, kita perlu pelonggaran dengan syarat yang ketat,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengeluarkan amaran tegas kepada pihak sekolah, terutamanya guru besar, agar tidak sekali-kali melindungi sebarang kes buli yang berlaku di dalam kawasan institusi pendidikan tersebut. Perdana Menteri menegaskan perbuatan menyembunyikan insiden buli, walau kecil sekalipun atas alasan untuk menjaga nama baik sekolah tersebut boleh dianggap sebagai satu jenayah. Menurut Anwar, antara punca berlarutannya kes [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1221,569,314,975,18,974],"authors":[],"class_list":["post-4328","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-buli","tag-jenayah","tag-kes","tag-kpm","tag-pmx","tag-sekolah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4328","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4328"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4328\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4329,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4328\/revisions\/4329"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4328"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4328"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4328"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4328"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}