{"id":4356,"date":"2025-10-18T12:14:26","date_gmt":"2025-10-18T12:14:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4356"},"modified":"2025-10-18T12:14:26","modified_gmt":"2025-10-18T12:14:26","slug":"hak-40-peratus-sabah-agc-kaji-keputusan-mahkamah-tinggi-kota-kinabalu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hak-40-peratus-sabah-agc-kaji-keputusan-mahkamah-tinggi-kota-kinabalu\/","title":{"rendered":"Hak 40 peratus Sabah: AGC kaji keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu"},"content":{"rendered":"<p>Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneliti keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Jumaat berhubung pemberian khas kepada Sabah bagi tempoh hampir lima dekad sebelum mengambil tindakan susulan.<\/p>\n<p>AGC mengambil maklum mengenai perkembangan keputusan tersebut selepas kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah diarahkan menjalankan satu lagi kajian semula berhubung pemberian khas Sabah bagi tahun 1974 hingga 2022.<\/p>\n<p>\u201cAGC akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu setelah menerimanya kelak sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut,\u201d menurut kenyataan ringkas itu.<\/p>\n<p>Keputusan bersejarah yang dikeluarkan pada Jumaat lalu itu menyaksikan Hakim Celestina Stuel Galid memutuskan tindakan Kerajaan Persekutuan sebelum ini adalah tidak sah, melampaui kuasa, dan tidak rasional.<\/p>\n<p>\u201cAdalah tidak sah bagi pihak kerajaan Persekutuan untuk membuat pemberian khas sebagaimana yang dimaksudkan di bawah Jadual Kesepuluh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut mahkamah, kegagalan menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan itu telah dilakukan secara tidak sah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus yang mewajibkan Kerajaan Persekutuan mengadakan semakan semula hasil bersama Kerajaan Negeri Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Perintah itu menetapkan semakan mesti dilakukan dalam tempoh 90 hari, manakala persetujuan bersama perlu dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.<\/p>\n<p>Kes yang dimulakan oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) pada Jun 2022 ini telah membawa kepada pembatalan bahagian tertentu dalam tiga warta kerajaan yang berkaitan.<\/p>\n<p>Keputusan mahkamah ini diharapkan dapat menegakkan semula hak perlembagaan Sabah yang telah terabai selama ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneliti keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Jumaat berhubung pemberian khas kepada Sabah bagi tempoh hampir lima dekad sebelum mengambil tindakan susulan. AGC mengambil maklum mengenai perkembangan keputusan tersebut selepas kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah diarahkan menjalankan satu lagi kajian semula berhubung pemberian khas Sabah bagi tahun 1974 hingga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1370,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2108,406,286,2107,342,102],"authors":[],"class_list":["post-4356","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-40-peratus","tag-agc","tag-hasil","tag-mahkamah-kota-kinabalu","tag-peguam-negara","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4356","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4356"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4356\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4357,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4356\/revisions\/4357"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1370"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4356"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4356"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4356"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4356"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}