{"id":4375,"date":"2025-10-19T08:35:33","date_gmt":"2025-10-19T08:35:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4375"},"modified":"2025-10-19T08:35:33","modified_gmt":"2025-10-19T08:35:33","slug":"anwar-bidas-pembangkang-persenda-usaha-damai-konflik-serantau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-bidas-pembangkang-persenda-usaha-damai-konflik-serantau\/","title":{"rendered":"Anwar bidas pembangkang persenda usaha damai konflik serantau"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang mempersendakan usaha kerajaan dalam membantu menyelesaikan konflik serantau dan global, termasuk dengan memberikannya gelaran tidak hormat \u2018Perdana Menteri Telefon\u2019.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menegaskan usaha diplomatik yang dijalankan menerusi perhubungan telefon itu telah membuahkan hasil nyata, antaranya rundingan ramai antara Kemboja dan Thailand sebelum ini yang berjaya diselesaikan secara aman.<\/p>\n<p>\u201cAhli-ahli Parlimen ini bertindak mempermainkan dengan menyatakan ini \u2018Perdana Menteri telefon\u2019, sedangkan dengan telefon itulah kita bantu damaikan Kemboja dengan Thailand,\u201d kata Anwar semasa ucapannya pada Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat di Politeknik Merlimau hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, inisiatif komunikasi tersebut bukanlah satu gurauan, sebaliknya satu sumbangan kecil Malaysia dalam arena antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cDengan telefon itulah kita menyertai usaha-usaha orang lain, melakukan usaha kecil kita bersama,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Anwar turut mendedahkan usaha diplomatik Malaysia telah mendapat pengiktirafan apabila kerajaan Qatar meminta Malaysia menyokong inisiatif perdamaian antara Afghanistan dan Pakistan.<\/p>\n<p>\u201cOleh kerana kita ada hubungan baik dengan Pakistan dan Afghanistan, diminta untuk kita menekankan, menggesa dua-dua negara ini cari jalan damai,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, sebagai sebuah negara kecil, Malaysia berbangga dapat menyumbang ke arah keamanan.<\/p>\n<p>\u201cBukan kita hantar ke sana ratusan juta ringgit, cuma hanya bercakap, menggesa mereka membantu,\u2019 ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Anwar menempelak sikap segelintir ahli politik yang tidak menghargai jerih payah pegawai penguat kuasa yang berusaha menyelamatkan wang negara.<\/p>\n<p>Sebagai langkah menghargai khidmat penjawat awam, kerajaan akan meneruskan pendekatan rasionalisasi subsidi bagi memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran.<\/p>\n<p>\u201cDulu kita tampung harga ayam melalui subsidi RM1.1 bilion, siapa yang dapat? Kartel ayamlah.<\/p>\n<p>\u201cJadi kita putus tarik balik (bantuan subsidi), harga (ayam) kekal rendah dan wang itu diselamatkan dan dipulangkan balik kepada rakyat,\u201d jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang mempersendakan usaha kerajaan dalam membantu menyelesaikan konflik serantau dan global, termasuk dengan memberikannya gelaran tidak hormat \u2018Perdana Menteri Telefon\u2019. Perdana Menteri menegaskan usaha diplomatik yang dijalankan menerusi perhubungan telefon itu telah membuahkan hasil nyata, antaranya rundingan ramai antara Kemboja dan Thailand sebelum ini yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,221,285,1055,18,2122,438,2121],"authors":[],"class_list":["post-4375","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-asean","tag-madani","tag-pembangkang","tag-pmx","tag-serantau","tag-telefon","tag-usaha-damai"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4375","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4375"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4375\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4376,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4375\/revisions\/4376"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4375"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4375"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4375"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4375"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}