{"id":438,"date":"2025-05-29T03:56:14","date_gmt":"2025-05-29T03:56:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=438"},"modified":"2025-05-29T03:56:14","modified_gmt":"2025-05-29T03:56:14","slug":"ahli-mt-umno-puji-tindakan-rafizi-dan-nik-nazmi-letak-jawatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ahli-mt-umno-puji-tindakan-rafizi-dan-nik-nazmi-letak-jawatan\/","title":{"rendered":"Ahli MT UMNO puji tindakan Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan"},"content":{"rendered":"<p>Langkah berani dua menteri PKR meletak jawatan mendapat pujian seorang pemimpin tertinggi UMNO yang disifatkannya sebagai manifestasi politik matang dan beretika.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tindakan tersebut seharusnya menjadi contoh kepada semua pemimpin, bukan sahaja dalam parti PKR tetapi juga dalam semua parti politik di Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bukan sahaja mengejutkan banyak pihak, malah telah membuka lembaran baru dalam budaya politik tanah air iaitu satu budaya berasaskan akauntabiliti, prinsip, dan integriti.<\/p>\n<p>\u201cDalam suasana politik yang sering dicemari dengan perebutan kuasa, keengganan melepaskan jawatan, serta budaya \u201cmelekat pada kerusi\u201d, tindakan dua tokoh muda ini benar-benar melangkaui kebiasaan,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Tindakan kedua-dua mereka disifatkan Sharkar sebagai \u2018gentlemen\u2018 kerana memilih untuk menghormati suara akar umbi dengan mengundurkan diri.<\/p>\n<p>Katany, kedua-duanya mereka menghantar mesej jelas bahawa kepimpinan perlu datang daripada mandat dan bukan sekadar keinginan peribadi.<\/p>\n<p>\u201cDalam hal ini, Rafizi dan Nik Nazmi telah menunjukkan bahawa kalah tidak bererti lemah, dan berundur tidak bererti menyerah.<\/p>\n<p>\u201cSebaliknya, ia memperkukuh prinsip dan membuka ruang untuk refleksi serta kembali dengan lebih kukuh jika diizinkan masa dan takdir,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Hari ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri kabinet dan telah menghantar surat perletakan jawatan serat permohonan cuti kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut Rafizi, pengundurannya daripada Kabinet berkuat kuasa 17 Jun ini, manakala Nik Nazmi memaklumkan perletakan jawatannya berkuatkuasa 4 Julai depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Langkah berani dua menteri PKR meletak jawatan mendapat pujian seorang pemimpin tertinggi UMNO yang disifatkannya sebagai manifestasi politik matang dan beretika. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tindakan tersebut seharusnya menjadi contoh kepada semua pemimpin, bukan sahaja dalam parti PKR tetapi juga dalam semua parti politik di Malaysia. \u201cKeputusan Rafizi Ramli [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":439,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,114,335,208,9,18,8,146],"authors":[],"class_list":["post-438","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-letak-jawatan","tag-mohd-sharkar-shamsudin","tag-nik-nazmi","tag-pkr","tag-pmx","tag-rafizi","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/438","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=438"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/438\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":440,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/438\/revisions\/440"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/439"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=438"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=438"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=438"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=438"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}